Tuesday, July 31, 2012

Tinta Ramadhan.*10 Ramadhan Pertama*

Assalamualaikum..


Assalamualaikum.. 
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..
Alhamdulillah setelah setahun bertemu semula Ramadhan, memikirkan akan kekurangan amalan dan segala celoreng dan noda pada Ramadhan tahun lalu, kegembiraan hadirnya Ramadhan kali ini, memberi seribu erti buat aku. Sungguh, hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya. Syukur, Allah masih memberi peluang kepada hambaNya ini.

Astaghfirullahal'azim...allazi lailaha illa huwalhayyulqayyum waatuuubu ilaik...

Sesungguhnya aku percaya setiap dari kita semestinya mahu berubah. Ya perubahan ke arah kebaikan.
Siapa manusia untuk menghalang, andai hidayah ALLAH telah memilihnya. Ya, walaupun masih belum baik..tapi kita cuba berubah menjadi lebih baik.InsyaAllah..ayuh kita mengorak langkah. Siapa tau kalau-kalau Malaikat Izrail itu sedang "mengintai" menunggu masa melaksana tugasnya. Sehingga itu, Taubat, Istighfar dan Zikrullah jadikan teman, Allah maha mengetahui segalanya.

Perjalanan Ramadhan kali ini kepadaku, Alhamdulillah lebih tenang, semoga rahmat dan keberkatannya tercurah kepadaku dan ikhwan wa akhawat semua hendaknya. Dugaan? semestinya ada, tanda cinta Ilahi kepada Hambanya, Semoga semua dugaan dalam 10 pertama ramadhan tahun ini menghasilkan seribu keberkatan. Moga terbuka pintu hati untuk segala kebaikan dan ditutup pintu hati buat seluruh keburukan.

Inspirasi: Moga muhasabah menjadi teman sejati


Buat teman yang Disayangi;

Laluilah Ramadhan ini penuh keinsafan dan kesungguhan
Siapa tau mungkin ini Ramadhan terakhir buatmu dan diri ku
Keinsafan untuk segala kebatilan, mungkin tanpa sedar kita langgar,
Kesungguhan menunaikan kewajipan sebagai khalifah di bumi Allah,
Mungkin tanpa sedar kita semakin lupa, janji kepada yang ESA.

Kamu teman yang aku sayang;

Semoga Hidayah Allah sentiasa bersamamu,
Kasihku kepada mu kerana Ilahi,
Moga Jannah ketentuannya nanti.

-khadijah albasri-



Selamat berpuasa!(^_^)

Selasa
12:48 am






Thursday, July 19, 2012

NaiLoFar..


Salamua'laik...
Apa khabar pejuang-pejuang di Jalan Allah hari ni?
Semoga setiap gerak geri dititipkan kerana Ilahi.
Hari ini kita akan berbicara perihal Neelofa NaiLofar.
Atas perkongsian rakan-rakan dan informasi di medan maya ni akhirnya bolehlah serba sedikit berkongsi mengenai perkara yang secara peribadinya bagi aku sangat menarik.
Perkataan "Nailofar" ni sendiri pun baru sahaja aku temui, (nampak sangat kan kekurangan iLmu@kurang membacanya di situ..kalau Neelofa taulah.hikhikhik). So, bila benda yang baru tau ni, memang excited lah nak share ;-)

Setelah meminta bantuan dari Pak Cik 'Google', Nailofar berasal daripada bahasa Andalus, tetapi telah diarabkan.Ia nama kepada spesies bunga yang habitatnya di dalam air.Spesies yang hampir sama dengan lili dan teratai.(copy terus..haha)
Lagi satu , ada novel yang ditulis oleh Zaid Akhtar  berjudul 'SESEGAR NAILOFAR', aku rasa mungkin novel ni kot pencetus penggunaan legasi 'Nailofar'. Bagi aku, yang menyebabkan aku tercari-cari maksud Nailofar ni adalah setelah bertukar-tukar nama blog dengan teman satu batch masa sekolah menengah dulu.
Nama blog teman aku yang solehah ni "Sesegar Nailofar". Disebabkan dia ni seorang yang MELANCHOLY, jadi tertanya2 jugaklah, kenapa dia guna nama nailofar ni? Tak kan peminat Neelofa kot..hikhik..memang taklah..ahaks. Dari situ bermulalah perjalanan mencari..apa itu NAILOFAR.

Okay sambung kita sambung semula...
Bunga spesies ini diceritakan tidaklah seharum, tetapi kerana hidupnya hanya di dalam air menjadikannya sentiasa segar dan lambat layu. Mungkin disebabkan kesegaran ramai yang menyenangi bunga ini.Jujur nya aku sendiri pon masih belum pernah nmpak,jumpa apatah lagi pegang bunga ni. Di Malaysia ada ke?
Setelah bersengkang mata membaca ukiran minda ikhwan and akhawat ..ada yang menjadikan NAILOFAR sbg kiasan untuk Srikandi Solehah Dalam Perjuangan Melawan Hawa Nafsu Dunia, bagaimana sekuntum bunga yang tidak perlukan bau untuk menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mendapatkan perhatian. Cukup sekadar kesegarannya yang memberi semangat dan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang melihat.

Kesimpulan, mungkin ada yang setuju dan tidak. Tapi bagi aku, resmiya harus dicontohi, tidak perlu menonjol diri untuk menarik perhatian ajnabi.
Cukup teruskan perjuangan di jalan Ilahi pasti anda akan dihargai.
Bukan penghargaan dari Manusia yang kita cari, cukup penghargaan dari Ilahi, pastinya hakiki.

Sekian.

Alfatihah buat As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini yang telah meninggal dunia pada 1 Julai 2009. Semoga semangat perjuangan kerana Allah ini dapat kita contohi bersama."Nailofar" nya beliau kerana dalam apa jua keadaan pon masih segar perjuangan nya kepada Ilahi walau dikecam, dikeji, keimanan asas pegangan  sebagaimana air asas kehidupan bunga indah ini. Perjuangan yang tidak pernah layu sehingga akhir hayatnya. Mampukah kita sehebatnya?


Novel Sesegar Nailofar



p/s : Kena cari and baca ni. Dah lama tinggal dunia novel...huhuhu..

Wednesday, July 18, 2012

Header Oh Header

WalaWeyH.....!

Berpeluh eden nak buat header blog ni..huhuhu..terus dan terus mencuba, dah lama tinggal dah berkarat dah otak ni. Masa-masa ni teringat subjek CSC ni..tapi takpe, teknologi dah maju, google mengoogle sangat membantu.

Jalan punya Jalan di google, terserempak lah satu blog ni.Blogger ni dia memang baik hati pasal dia buat tutorial header sekali dengan header yang dah siap dah. Sesiapa yang malas  sibuk tapi urgent nak transparent header boleh dptkan header anda disini.(klik link ini).

Antara Cobaan Header selekeh kreatif hari ni :p

1) Tak jadi pasal header tak transparent.



 2)Tak jadi nak edit lelebih..tulisan dah over giler..



Cukuplah 2 sample reject.Since masih in the mood lagi ni, akan terus cuba n cuba lagi.InsyaAllah.


p/s ; adore giler blogger with header yg ossom!(^_^)


Tuesday, July 17, 2012

Ke Dewan KuliaH ^_^

HalooHa! Salam iLMu Semesta buat Semua. I make iT! I make iT! 
Alhamdulillah sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik melebihi segalanya.
Akak Djay ni nk sambung belajar!Terkejut tak semua? Sila tutup mulut..x payah nk melopong sangat. :p
Mulut ni dari last month x habis habis ucap tahniah kat kawan2 yg dah habis degree..ConVo lah mereka kira..sonoknya....mana tau this month peluang sambung degree dtg tergolek-golek kat kaki akak ni dik non.
Betulkan tak rugi kita kongsi kegembiraan org lain. Kongsi2 kegembiraan mereka wif their Degree..auranya pon dpt rasa..Alhamdulillah hampir tercapai impian untuk menyambung pelajaran.
Lepas ni Location = Dewan Kuliah..hikhikhik..


p/s: Tak payah nak suka sangatlah cik Djay oit, keje pon kena berganda pasai nk kena bayar yuran tu nnti..jgn lupa pulak..(^_^)




SabarLah Wahai Diri



Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar..

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkat di setiap cubaan dan dugaan, dan jawapan di setiap doa.
Jangan pernah menyerah dan terus berjuanglah, Life is so beautiful. Hidup bertujuan, melainkan satu perjalanan. nikmatilah.(^_^) ♥ ♥



..... Kekadang 


Bila kita berdoa untuk kuat, byk pula dugaan yg datang ..
Bila kita minta cerdik, masalah pula yg bertandang ..
Bila kita minta kebahagiaan, huru-hara pula yg menjelang ..


~> Dugaan menjadikan mental kita kuat..
~> Masalah menjadikan kita berfikir..
~> Huru-hara menjadikan kita tabah..


Subhanallah! Betapa hebatnya ALLAH SWT !
Semua aturan-Nya ada hikmah yang tersembunyi.. ^__^


Share with Love:Priceless words !


https://www.facebook.com/djaydjA/posts/475863212441027?notif_t=feed_comment