Friday, August 31, 2012

Istiqlal | Merdeka | Independence |


Selamat Hari Kemerdekaan ke 55 buat semua warga Malaysia.
Apa Erti merdekamu hari ini?
Apa caknamu untuk merdeka kali ini?

Untuk imbas kembali; jom kita lihat list di bawah ni,

Senarai hari tema kemerdekaan since 1970 sehingga 2012

  1. 1970 Muhibah dan Perpaduan
  2. 1971 Masyarakat Progresif
  3. 1972 Masyarakat Adil
  4. 1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
  5. 1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  6. 1975 Masyarakat Berdikari
  7. 1976 Ketahanan Rakyat
  8. 1977 20 Tahun Bersatu Maju
  9. 1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
  10. 1979 Bersatu Berdisiplin
  11. 1980 Berdisiplin Berbakti
  12. 1981 Berdisiplin Berharmoni
  13. 1982 Berdisiplin Giat Maju
  14. 1983 Bersama ke Arah Kemajuan
  15. 1984 Amanah Asas Kejayaan
  16. 1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
  17. 1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
  18. 1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
  19. 1988-1989 Bersatu
  20. 1990 Berjaya
  21. 1991 Wawasan 2020
  22. 1992 Wawasan Asas Kejayaan
  23. 1993 Bersatu Menuju Wawasan
  24. 1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
  25. 1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
  26. 1996 Budaya Penentu Kecapaian
  27. 1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
  28. 1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
  29. 1999 Bersatu Ke Alaf Baru
  30. 2000-2006 Keranamu Malaysia
  31. 2007 Malaysiaku Gemilang
  32. 2008 Perpaduan Teras Kejayaan
  33. 2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
  34. 2010 1Malaysia Menjana Tranformasi
  35. 2011 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ” 
  36. 2012 Janji Ditepati

Kenangan Hari Kemerdekaan Saya :)

Tahun 1999 : Masa ni masuk pertandingan Pidato Peringat Daerah dapat tajuk:"Negara Kita Tanggungjawab Kita".Tajuk ni sempena tema hari kemerdekaan tahun 1998. Untuk Pidato spontan dapat tajuk "GURU".
Memorable moment sampai sekarang, disebabkan tajuk pidato spontan tu, my cikgu bahasa yg ajar pidato tu found out yg saya ni sebenarnya pelat huruf "R", memula igt sbb sejuk ke, sbb pertandingan tu buat di bukit fraser, tp pastu blik sekolah baru dia perasan betul2. Then, dan-dan lah kawan2 aku yg lain ambik kesempatan utk mengejek aku. So ckp2 orgpsal pelat huruf "R" dah masak sgtlah saya since tahun 1999 smpai skrg 2012. :-) BTW:Pidato tu dpt tempat ke-3 (^_^)

Tahun 2000 : Masa ni darjah 6,because of active sukan , dah tak masuk pertandingan pidato. Tapi masa hari kemerdekaan tetap masuk jugaklah pertandigan pidato untuk sekolah sahaja :) Tajuk "Keranamu Malaysia". Dapat no 2 masa ni .(^_^)

Tahun2 yg lain tu,2001-2007 = sambutan biasa2 jer, ada yg buat persembahan kawat kaki (2001-2003) kadet polis kat SMAD.Ada yg wat barisan beratur berterabur..hehhe..pastu ada yg x buat pape pon kot, duk umah je ke..entahlah x igt dah sbb xde activiti yg memorable sgt cm sek rendah kot.

Tahun 2008 : Yeay!Masa ni masuk pertandingan Pidato Luahan Anak Merdeka di Universiti Darul Iman, Terengganu. Wakil UiTM KTerengganu.Masa ni bidan terjun je, pasal adik junior yg sepatutnya masuk tarik diri. Saya pon, Layan kan je lah Labu...huhuhu..Cabaran masa training adalah nak tukarkan balik tone dari Bahas (team bahas uitm KT sbnar) ke pidato. Tuhan je lah tau.Ok. x dpt podium pon :-(, dpt no 4. tp nak bg smgt ckp kt diri sndiri, ok ape no 4 ramai kot peserta..hihihi :)

Tahun 2009-2011 : Alamak!betul2 tak igt ni..adoiii..apalah saya ni, x menyambut kemerdekaan Malaysia ke?Huhuhu ampun ya semua..(^_~)

Tahun 2012 : Hari ni??? Yeay ada kat Opis ter"chenta" ala-ala berjuang camtu konon.Ya, berjuang untuk triple!:p
Dalam Hati berdebar menunggu kelahiran Baby yg bakal panggil saya "Mi Yom"..Baby merdeka raya Mak Ndak and Pak Ndak saya,
Tadi kol still dalam labour room at Hosp. Selayang. tak taulah skarang macammana. Semoga Allah permudahkan.Amiin.

Apa pon Jua, Pastikan Kemerdekaan Negara terus Utuh, jgn bertelagah hanya utk tema, apa pon tema nya, seburuk/seindah mana pon logonya, sekreatif dan puitis mana pon definisinya kemerdekaan ada dlm diri kita, sejauh mana kita menjaganya, tanya sendiri. (^_^)


Gambar Kenangan (^_^)

Regards;
khadijahalbasri.

Thursday, August 30, 2012

Apa Kamu


As-Salāmu `Alaykum..

Salam 12 Syawal 1433.

Gambar Hiasan (^_^)

Apa khabar iMAN mu sahabat,
Apa cerita amal mu rakan,
Apa berita doa mu teman,

Semoga apa yg kau cari berjaya kau temui,
Semoga apa yg kau damba telah kau peroleh,
Semoga apa yg kau cita,semakin menghampiri,
Semoga Ilahi sentiasa memberkati.


Apa Kamu| Khadijah Albasri| 30/8/2012

Sunday, August 12, 2012

Tips :Perkara yang Perlu Ambil Tahu Kalau Nak Ambil Parcel di MasKargo


Assalamualaikum

Apa khabar iMAn anda hari ni? Semoga 23 Ramadhan 1433 membawa seribu keberkatan buat semua.
Hari ni aku nak cerita mengenai pengalaman pertama mengambil parcel dari MASKARGO. Pesanan dari Adik Tercenta di Bumi Irbid.

Proses Pertama : Dari Irbid.

Yang ni tak dapat cerita panjang, kena mintak si adik yang jelaskan. Cuma diberitahu tempoh penghantaran ke Malaysia mengambil masa seminggu (Pos Biasa).
Parcel dihantar menggunakan khidmat amax company .Dihantar ke Malaysia menggunakan MASKARGO.

Dipendekkan cerita, cukup je seminggu (ni kiraan adik saya) CUSTOMER SERVICE  dari MASKARGO telefon, minta ambil barang di MASKARGO berdekatan LCCT.
Pesan cuma bawa:

1)Nombor siri parcel (diberi semasa dlm perbualan. Sila catit sendiri ye)
2)Kad pengenalan
3)Lesen memandu
4)Passport (jika ada)

Itu sahaja. Jangan lupa untuk mencatit nombor telefon customer service itu. Banyak gunanya nanti. Nombor Opis lah yer, bukan personal ok. Mengikut fahaman saya yang kali pertama ni, kira-kira nanti terus ke MASKARGO, tunjuk kad-kad identiti yg diminta untuk bawak sekali, then dah boleh ambil parcel.
Simple. Suci Murni je anggapannya. Tapi sebenarnya TIDAK ye..TIDAK.!Ada banyak prosedur yang perlu dilalui bagi memastikan keselamatan negara terjamin (chewah).Prosedur ni saya kongsi berdasarkan pengalaman saya yang kena patah balik 2-3 kali sebab tak lepas sekatan polis sebelum masuk maskargo tu yer. Apa-apa penambahan boleh dikongsikan bersama.

Langkah Pertama:

Sila pandu kenderaan anda menuju ke PEJABAT PAS KESELAMATAN HARIAN FC2,Bangunan ni berdekatan dengan Pusrawi.(dekat dekat area nak ke LCCT jugaklah).
Pejabat Pas keselamatan ni terletak di tingkat 2. Apabila anda sudah sampai, sila check jika bill AirWay anda telah difaxkan ke pejabat tersebut. Jika belum,
Sila telefon nombor Customer service yang telah menelefon anda sebelum ini.Dah dpt maklumkan berikut.

  1. Minta beliau faxkan Bill AirWay ke pejabat keselamatan itu.
  2. Maklumkan anda telah berada di pejabat tersebut.
  3. Maklumkan berapa org yang mahu masuk ke MASKARGO. (Aku masuk dengan kawan aku, jadi kena maklumkan pada dia, sebab nanti dia akan tambah nama pada surat PAS KESELAMATAN. Kalau tak maklumkan, dia akan bagi satu sahaja,jadi yang lain tidak dibenarkan masuk.

Gambar 1:  PEJABAT PAS KESELAMATAN HARIAN FC2

Langkah KEDUA:


Setelah menerima fax Bill AirWAY(Pegawai yang bertugas akan panggil nama anda sekiranya mereka telah menerima fax).
Anda akan diberikan PAS KESELAMATAN . Kad Pengenalan hendaklah diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Kalau nak masuk berdua, dua-dua IC lah kena tinggal, yg ada cuma PAS KESELAMATAN Sahaja.Oppss..lagi satu, anda akan diberikan kertas macam gelang yang dililit di pergelangan tangan.Ala-ala nak masuk taman tema tu. :-)


Gambar 2 :  GELANG KEBENARAN MASUK

Gambar 3 : PAS KESELAMATAN HARIAN


Langkah KETIGA:

Berbekalkan PAS KESELAMATAN tersebut, paculah kenderaan anda menuju ke KLIA CARGO VILLAGE. Jangan lupa pakai PAs KESELAMATAN tersebut.
Masa di pintu Masuk, beberapa orang Abg-abg Polis akan periksa kereta, jadi,sila buka bonet dan turun dari kereta sementara pemeriksaan dilakukan yer.

GAMBAR 4: Entrace / Exit  KLIA CARGO VILLAGE.



Langkah KEEMPAT :

Gambar 5 : Entrance ke MASKARGO




Bila sudah melepasi pemeriksaan Masuk Ke KLIA CARGO VILLAGE, sila menuju ke MASKARGO.(Boleh refer sign board yg ada dlm village tu).

Sebelum Masuk ke MASKARGO, akan ada lagi satu Kaunter. yang ni dia berbentuk macam pondok kaca, Didepannya ada tulis MASKARGO Directory.
Sila Berhenti di sini, dan masuk kedalam Pondok tersebut untuk mendapatkan PERMISSIBLE TIME SLIP.SLIP ni kena letak kat dalam kereta, letak dekat 
dashboard bagi nmpak ye. Di sini, anda dikehendaki menulis nama, no kenderaan, tujuan . Boleh juga bertanya, lokasi di mana untuk mengambil parcel.




Gambar 6: Permissible Time Slip dan Airway Bill.



Langkah KELIMA:

Setelah sesi soal jawab dengan pegawai yang bertugas di pondok MASKARGO tersebut, silalah ke Bangunan CORE 2 untuk mendapatkan dokumen berkaitan parcel.
Di sini, bayaran dikenakan mengikut berat parcel masing-masing. Yang aku punya bernilai RM20 untuk 45 kg.Sila berikan lesen memandu anda yer
sebagai pengenalan diri.Mereka akan fotostat dan pulangkan yang asal.

Yang bestnya di sini, pegawai yang bertugas akan memaklumkan kepada kita step by step macammana nak ambil barang, siap dibekalkan peta dalam kawasan lagi.
Ingat senang ke nak ambik barang dari MASKARGO ni.Penuh ciri-ciri keselamatan (cheewah, padahal hati nak mengamuk dah masa step ni).

Di sini juga, kita akan diberikan resit bayaran (yang RM20) tadi, dan dokumen-dokumen lain untuk reference jabatan lain.

Gambar 7 : Bangunan CORE 2


Langkah KEENAM:


Menuju ke kaunter barangan. Disini anda akan diberitahu nombor "kawasan"/"gudang" nombor berapa yg anda perlu pergi untuk mendapatkan barangan.
Tmpat dia dekat je, bersebelahan sahaja dengan "gudang-gudang" tersebut.Berdasarkan peta yang pegawai tadi beri, rupa-rupanya disinilah barang/parcel
tersebut boleh diambil. Dekat sini baru nmpak barang, yang step lain-lain ada dokumen-dokumen jer,huhuhu.
Di sini saya nasihatkan anda untuk check dulu barangan samaada dalam keadaan baik atau tidak. kalau tidak puas hati dengan barangan seperti barangan
tidak seberat yang dinyatakan dalam dokumeN atau lain-lain, boleh request untuk timbang semula, jangan tandatangan sebarang dokumen selagi tidak
berpuas hati. Di sebabkan kawasan ni kawasan loading barang, jadi sekiranya barangan anda berat, anda boleh bawa kereta untuk ke kawasan loading ini,
kalau x berat sgt tak payahlah. Setelah berpuas hati, sila tandatangan dokumen berkaitan dan menuju ke Pejabat MASKARGO LOGISTIK.
Jgn risau, lokasi pejabat-pejabat ini telah pon dibekalkan pada peta yang telah diberi oleh pegawai berkaitan di langkah KELIMA tadi.


Gambar 8: Gudang 28 tempat Parcel saya..(^_^)




Gambar 9 : Yeay !ni Parcel saya yang warna oren (^_____^)


Langkah Ke Tujuh:

Ambil barang, Isi dalam kereta dan pergilah ke pejabat MASKARGO LOGISTIK.Dalam banyak-banyak pejabat yang dah pergi, bagi aku, pegawai dekat sini lagi peramah lah.Jadi jangan risau, boleh tanya apa-apa yang tak faham pada pegawai yg bertugas di sini. Nak komplen pon boleh, tapi sekadar mendengar je lah.
Org kata sekadar luahan rasa hati sebab banyak sangat prosedurnya. Ok. Di jabatan Logistik ni, dia akan tanya barang ni untuk apa, apa kandungannya. Tak perlu buka bungkusan sebab kandungan parcel tersebut telah ditulis dalam dokumen yang diberikan di Langkah LIMA tadi, jadi sila serahkan semua dokumen yang telah diterima di langkah Lima kepada pegawai bertugas di pejabat MASKARGO LOGISTIK.
Di sini kita dikehendaki untuk membuat bayaran untuk pemeriksaan kastam. Jumlah bayaran sebenarnya sudah pon di beri di langkah KELIMA,tapi bayarannya di buat di sini. Untuk parcel aku, bayaran sebanyak RM82.50 dikenakan.
Jangan risau, bila dah sampai tahap atau langkah ini, anda boleh menarik nafas lega sebab, proses-proses berikutnya akan dibuat oleh pegawai yang bertugas
dijabatan ini. Proses berikutnya lebih kepada pemeriksaan KASTAM. Pegawai yang bertugas akan membawa anda(depend samaada kita follow kereta dia atau dia
tumpang sekali naik kereta kita), macam saya pegawai tu dia tumpang sekali naik kereta saya, jadi senang cuma ikut sahaja arahan pegawai bertugas untuk 
ke bahagian komplek KASTAM. Di sini, ada beberapa dokumen perlu diselesaikan.Semuanya dibuat oleh pegawai dari pejabat MASKARGO LOGISTIK.Kita tunggu dalam kereta jer yer.


Gambar 10 :  Pejabat Maskargo Logistik

Gambar 11: Dokumen-dokumen berkaitan


Langkah Ke KELAPAN:


Jom kita ke bahagian PEJABAT PEMERIKSAAN KASTAM IMPORT/ EKSPORT. Kat sini sedih sikitlah sebab  bungkusan akan dibuka oleh pegawai kastam yang bertugas.
Kandungan bungkusan akan diperiksa sekiranya perlu dikenakan bayaran duti atau tidak. Alhamdulillah parcel aku tak perlu dikenakan apa-apa bayaran tambahan.

                                                    Gambar 12 : Pejabat Pemeriksaan Kastam Import/Eksport
Gambar 13: Pemeriksaan oleh Pegawai Kastam

Gambar 14 : Habis sudah bungkusan dibuka  :-(


Langkah Ke KESEMBILAN:

Setelah selesai pemeriksaan secara fizikal itu tadi, kita dikehendaki pergi semula ke kompleks kastam untuk mendapatkan tandatangan K.U.
Sekali lagi proses ini pon dibuat atas bantuan pegawai dari pejabat MASKARGO LOGISTIK. Alhamdulillah, dalam kekalutan mengejar solat Jumaat, dapat jugalah pengesahan dari Pegawai KASTAM untuk keluarkan barang dari KLIA CARGO VILLAGE.


Gambar 15 : Usaha mendapatkan tandatangan oleh Pegawai Maskargo Logistik :-)


Langkah Ke KESEPULUH:


Marilah menuju ke pintu keluar KLIA CARGO VILLAGE. Disini pegawai dari pejabat MASKARGO LOGISTIK akan tunjukkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada pihak polis yang bertugas di pintu keluar. Setelah selesai semua habislah proses di KLIA CARGO VILLAGE ini, malangnya kami tak dapat nak hantar semula pegawai MASKARGO LOGISTIK tersebut balik ke pejabatnya semula kerana menurutnya setiap kenderaan yang sudah keluar dengan bungkusan/parcel tidak dibenarkan masuk semula. Dengan berbesar hati hanya ribuan terima kasih sahajalah dapat kami berikan pegawai tersebut,
katanya"nnti saya pandai-pandailah" balik sendiri. Semoga Allah permudahkan urusannya nanti.

OK, dah HABIS? Ishh...BELUM LAGI...kad pengenalan awak dengan kawan-kawan tadi jangan lupa, kan tak ambil lagi..heheh..(^_^)
jadi...


Langkah Ke KESEBELAS:


Keluar dari KLIA CARGO VILLAGE, silalah menuju semula ke PEJABAT PAS KESELAMATAN HARIAN FC2 untuk memulangkan PAS Keselamatan dan mengambil semula
kad pengenalan masing-masing yer.Kemudian Alhamdulillah barulah selesai semuanya. Hari yang sungguh mencabar kesabaran sebenarnya.


Gambar 16 : Yeay Alhamdulillah, akhirnya selesai semua. Dah dpt IC kami semula .Wif Cik Fidzo syg..(^____^)


Sekian saja untuk panduan semmua, sebarang kekurangan mohon diampunkan ye. Salam 23 Ramadhan 1433. (^_______________^)


Apa pula pengalaman anda?


p/s: Kalau pergi sendiri baru tau the full story macammana. Yang dah ditapis-tapis jer boleh wrote kat sini.;-)





Tuesday, August 7, 2012

Kakak Dari Jauh (^_^)



"There’s always gonna be another mountain I’malways gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose" <-----;ringtone tepon saya)

Telefon!telefon Berbunyi!...hikhik..
.
My Luvly New Wed Cousin Telefon..!
Panggilan dari Kunak ni..
Thank you very much sebab bagi full support.
Terharu sangat bila kakak dari jauh ini telefon untuk bagi kata-kata dorongan bila dapat tahu saya dah sambung belajar balik even secara PJJ.
"Hang kena tabah tau. Hang kena habiskan study hang"..Puan Farihana Binti Abd Razak ni pesan dengan dengan hati bunga-bunga, feel dia tu memang sampai, itu pasal aku sgt terharu.
Sentiasa Doakan kakak ku yang satu ini sentiasa diberkati Allah dan Happy sentiasa di samping suami terchenta. Moga cepat-cepat jadi ibu ya...hikhikhik.
Teringat zaman kecik kecik tanam kertas yang ada tulis cita-cita kat sungai bersama kakak ini.Dah layak bergelar Peguam pun beliau sekarang.Proud of her a lots. Received her lawyer licence and Kawen masa umur 24 tahun!!!
 (x birthday lagi yer kira 24 lagilah yer cik kak :-))


pic kutip dalam fb ye dear..hihi:-) :-Congrate for officially peguam Mahkamah Alor Star


pic kutip dalam fb ye dear..hihi:-) :-Congrate dah jadi wife kpd En.Anuar (^____^)


p/s: Cpt doa adik ni pulak next ikut jejak langkah....hihihi..(^_~)