Aku cemburukan mereka;
Ada tika suka mereka bebas menabur tawa;
Ada hadir duka, air mata menitis bersama.
Aku cemburukan mereka,
tiap detik berlalu, ada sahaja ciretera,
tiap badai menjengah, ada kesayangan teman tanpa lenguh.
Aku cemburukan mereka;
Andai hati buntu dibuai rasa resah, ada awan memayung hingga resah terus rebah.
Aku cemburukan mereka.
Tersenyum dengan 1001 irama bahagia,
Sehingga sunyi segan untuk menatap wajah .
Aku cemburukan mereka,
Kerana aku masih menanti semuanya pulang kepadaku.
Menanti Suka
Menanti tawa
Menanti ciretera
Menanti teman
Menanti Awan
Menanti irama
Aku pasti mereka cemburukan aku;
Kerana ketabahan sentiasa mencintaiku.
KhadijahAlbasri | Aku Cemburu