Wednesday, October 30, 2013

Kisah Cita Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri ini untuk mereka yang sentiasa bergembira untuk mencapai cita-cita tanpa sempadan usia.
Yang paling penting, berani untuk bercita-cita.

Menjadi pelajar PJJ sebenarnya menjadikan patik lebih terbuka untuk berkongsi mengenai cita-cita dan usia.
Tolak tepi pendapat anda tentang sistem pendidikan negara.
Tolak tepi ilmu hebat anda cari wang di dunia tanpa pendidikan rasmi di universiti.

Mari dengar kisah cita kami menyambung pelajaran .
Patik 25 Tahun. Sebelum menyambung pelajaran dalam hati ada suara-suara "dah tua" bru nk ambik degree.
Patik bekerja. Ada dinding-dinding berbicara "studi jangan hangat-hangat tahi ayam dah lah.Studi sebab nak naik pangkat lah tu".
Patik anak sulung dari 7 beradik. Ada angin membisik " kakak kenalah berkorban untuk adik, tak payahlah studi,habis duit. Baik kumpul duit bantu keluarga,lagi baik". 

Itu sedikit kisah patik. Duduk di dalam kelas, dikelilingi hampir 20 orang kakak-kakak dan abang-abang yang lagi berusia dari patik,buat patik terfikir, apa di kisah cerita aku yang 25, sedang mereka yang 35 tersenyum beriringan menuju cita-cita menyudahkan pengajian.

Mereka yang tabah ke kelas meninggalkan anak comel mereka di rumah. 
Mereka yang gagah merentas dua buah negeri hanya kerana mahu menghadiri kuliah.
Mereka yang gigih membantu satu sama lain saat ada badai cuba menggoyah.

Patik pernah lihat, ada anak kecil dan ibu di dalam kelas.Ayahnya outstation kata si ibu.
Patik pernah lihat, ada anak kecil sedang bermain patung kecil di dalam stroller di sisi si ayah. Oh, ibunya tidak sihat, kata si ayah.
Patik pernah lihat, ada suami sabar menanti di luar jendela. Menemani isteri menjelajah 2 negeri sebelum tiba di kota. 'Dia risau akak datang sorang kelas jauh-jauh ni'...kata si isteri.

Itu yang aku lihat, yang lainnya...aku mungkin tak akan sanggup untuk menelek pun.

Jadi....
Kamu Cuba..


Untuk debu-debu yang berbicara...kami mohon kamu diam dan berfikir sebentar, berdosakah kami menyambung pelajaran hanya kerana kamu kata sistem pendidikan kita tak seberapa.

Kami pohon jangan kami di hina, hanya kerana kami bodoh ilmu "bantu niaga" yang kalian cuba perkenal. Cara begitu bukan cara kami.

Kami rayu, jangan kejamkan kami, hanya kerana kami anak pertama. Jangan tidaklayakkan kami bercita-cita. Jangan di soal erti pengorbanan,percayalah kamu tak layak mendengarnya dari kami. Kamu selamanya takkan faham selagi kamu terus begitu.

Kami gembira kalau kamu tak perkecilkan cita-cita kami. Kerana kami harap kamu faham, pengertian dan cara hidup kita boleh kalau tak sama.

Dan dengan senang hati kami bicara...kami gembira kalau kamu bersama kami bercita-cita.Cita lah apa jua...Cuma , jangan di hina cita-cita kami. Tinggalkan kami di sini.Kami Bahagia.





Monday, October 28, 2013

Kelas Bahasa Korea (Hanguel) Part 1


안녕하세요
안녕하셨습니까?

Seperti yang dijanjikan, setelah sekian lama memendam ciretera hangul kelas ini, tibalah masanya untuk sesi perkongsian bersama.

Kelas Bahasa Korea (Hangul) ini dianjurkan oleh Korea Tourism Organization. Paling best kelas ni FREE.
Percuma. Percuma tak bermakna kalian tak perlu bersungguh-sungguh untuk belajar ye.Sepatutnya ,Percuma, menjadikan kalian lebih bersemangat untuk belajar kerana mungkin itu cara mereka menghargai mereka yang benar benar ingin mendalami bahasa Korea.(Ini pada pendapat patik).

Baiklah untuk lebih lanjut berkaitan kelas ini bolehlah klik DI SINI .Untuk yang wajib kena cari info kat Facebook,jangan risau, link FB dia boleh klik KOREA PLAZA KL.

Macammana nak pergi Korea Plaza?

Baiklah, yang ini khas untuk pengguna LRT Kelana Jaya Line ya.
Patik ambik LRT dari Kelana Jaya dan turun di KLCC. Tambang dalam RM2.60 atau RM2.40 sen macam tu (tak ingat sangat). Dari KLCC cari jalan keluar ke Jalan P.RAMLEE..(rajin-rajin cari sign board dalam KLCC atau lagi gentle tanyalah insan2 yang ada di sekeliling). Korea Plaza ni ada dalam Menara HAP Seng (Groud Floor) , so kenalah cari Menara Hap Seng. Kalau jalan kaki dari KLCC ni, pandang-pandang atas sikit ada nampak Bangunan UBN. Menara Hap seng ni berdepan dengan Bangunan UBN.(hati-hati lintas jalan ).

Cara lain boleh turun di LRT Dang wangi jugak, tapi last time patik turun Dang wangi patik terus amik teksi je, RM5.70 sen cas.(bergantung pada meter@kesesakan jalan raya lah), patik tak tau macammana nak jalan kaki dari stesen Dang Wangi ke Menara Hap Seng.

Macammana cara pembelajaran dan pengajaran?

Patik tak tahu macammana untuk kelas-kelas lain. Untuk kelas Patik, kami dibekalkan 2 jenis buku, satu workbook, satu lagi text book. Bayaran semuanya RM30 untuk kedua-dua buku.Masa dalam kelas memang guna buku tu, listening,writing.Kira macam modul lah. Buku diambil dari Language Education Institute Seoul National University. 

Untuk Kelas pertama minggu lepas (21/10/2013) kami diajar mengenai huruf konsonan dan vowel hangeul. Sebelum tu, Cikgu ada terangkan mengenai salasilah atau sejarah penciptaan huruf Hangeul ni. Kalau nak tahu semua bentuk huruf dia membawa maksud atau tujuan. Jadi bila semua konsonan dan vowel dah ingat, bunyi atau pronunciation dah ok, dia akan go further,macammana cara nak tulis.

Hari ni dah go further sampai conversation.Bukan setakat conversation tau, kena tulis dan baca text dalan hanguel juga. Tapi jangan risau kalau dah kenal consonan dan vowel dan cara sebutan dia memang tak de masalah. So far, patik dah bileh baca merangkak-rangkak lah..maksudnya tak tau. Contoh dia bagi perkataan , mostly student boleh baca, tapi maksud tak tahu. Untuk maksud tu, dah jadi tanggungjawab sendirilah nak studi dan tambah vocabulary bahasa korea ni.InsyaAllah..doakan kami semua berjaya mendalami ilmu hanguel ni ya (^_^)~

Workbook dan Text Book

Cikgu patik memang awesome. Fun dan cantik jangan cakaplah..memang native Korean.Beautiful :-)


Siapa nama Cikgu Patik yang cantik tu?

Nama Cikgu patik Ha Eun Moon,nama Malaysianya LAILA. Exchange student dari UPSI. Dia memang studi Bahasa Melayu dan Ekonomi di UPSI.Dalam setahun duk Malaysia. So, tahulah cakap melayu. But since kelas patik ramai jugak Chinese, Cikgu Laila banyak gunakan Bahasa Inggeris. Tapi sedihnya, Cikgu Laila dah tak mengajar dah untuk kelas- kelas akan datang. Dia Cikgu ganti untuk Cikgu sebenar kelas kami tu.Mrs Tiara namanya. So coming soon, InsyaAllah patik story lainlah pasal Cikgu Tiara, sebab tak pernah masuk kelas dia lagi.

Cara pengajaran memang seronok.Dan paling best dia tak kisah kalau kita nak bertanya apa-apa kat fb ke, kakao talk ke kat mana jelah.

Dan Today, lepas balik dari kelas tadi, guess what? Cikgu Laila belanja minum kat STARBUCK! Great memory. Spent some time together, yelah kan lepas ni tak tau bila boleh jumpa lagi.



Baiklah. Lastly, Di sini patik share kan lah gambar-gambar bersama rakan-rakan dan cikgu patik.

Dari kiri : Stella ,Khadijah,Sam Moon Ha Eun and Tia.


Me and Sam..(^_^)

Sam dan Christine









Ini patik punya Kad Ahli Saranghaeyo Korea Club (SKC).

Bila masuk kelas ni wajib register. Masa patik register ni Free sebab sekali dengan promosi kelas hanguel. Kalau walk in RM20.Kad ini khas untu Malaysia Only. Keistimewaan ahli, boleh refer website http://www.visitkorea.com.my.


















Baiklah sekadar di sini dahulu.

Terima Kasih kerana meluangkan masa meninjau entri ini :-)

사랑해 !


Baju yang patik pakai tu HANBOK nama dia.

Persalinan tradisional Korean.
Oh ya, kalau di Korea Plaza, boleh cuba baju ni for FREE ya. Siap dia tolong pakaikan lagi :-)

Saturday, October 26, 2013

Masa

Assalamualaikum..

Tahniah Pahang ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia .Bakal bertemu Kelantan.
Sempat jeling-jeling tengok TV sambil buat assignment.

Minggu Dihambat Masa..semua benda buat rasa tak cukup masa.
Cadangan nak update status untuk kelas Isnin minggu lepas tak sempat-sempat lagi. 

Tak senang, tapi manisnya usaha dan hasil kepayahan tu tak ternilai, duhai hati tabahkan diri :-)

Ahad-Kelas Di Puncak Perdana
Isnin-Kelas Di KL
Selasa-Sabtu- Kerjalah sayang oit...
Lately nak dekat akhir tahun ni banyak pulak task and kerja ..

Tapi tak nafikan jugaklah ada megasale-JCard Day (lepas keje terus chow ke mall....hehe)

Kalau nak ikut hati hari-hari ada perkara menarik yang ingin di kongsi.
InsyaAllah ada masa yang diizin nanti bolehlah bercerita.

Alhamdulillah berkesempatan untuk entri ini.
Semoga Allah permudahkan urusan.

Allahumma Yaasir Wala tu'assir Rabbi tammim bilkhair.

~Masa sentiasanya 24 jam. Pengurusannya kebijaksanaan kita.


Monday, October 21, 2013

Kelas Bahasa Korea (Intro)

“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”


Tu dia..aura Korea dah mai..

21/10/2013 bersamaan genap lagi 3 bulan akan datang bermula dari hari ini patik akan turn to 26.Tapi itu semua nombor je.(ayat cliche org tua). Nak story, hari ini patik berpeluang menghadiri kelas 'Hangul' di Korea Plaza.

Sebenarnya banyak yang patik nak cerita, tapi sebab kabel telefon tertinggal kat office nanti lain kali patik cerita lah ye.Promise.Memang akan share punya. Tambahan sekarang patik tersangat penatnya..O. kabel tu penting sebab patik nak uploadlah gambarnya sekali..hihi..gambar kat handphone patik.

Overall memang best. Menepati cita rasa patik gitu..ok.Nak tau lebih lanjut macammana patik boleh join the kelas,kat mane kelas patik,siapa nama cikgu patik dan kawan-kawan patik yang sempat patik berkenalan, next entry patik cerita. Tak larat dah ni sayang oit.

Apa pun terima kasih buat semua. Semoga impian kalian tak terhalang dek nombor di Usia :-)


KacipJari : Cikgu@seonsaengnim patik tersangat cute and comel. Native Korean. Nak tau lebih?Next Entry ye.(^________^)


Sunday, October 20, 2013

Tuah @ Luck

Assalamualaikum. Selamat tengah hari semua. Moga hari ini lebih "indah" dan cerah buat jiwa kalian semua.


Perkongsian hari ini berkaitan "Tuah" atau "Luck". Beramai kita pada hari ini mentafsir hasil usaha sebagai TUAH.



"Memang dah rezeki dia dapat kerja gaji besar", "Bertuahnya, menang cabutan bertuah", " Bertuahnya awak boleh menang hadiah".

Dan mungkin,"Bertuahnya dapat kahwin dengan dia yang jelita,solehah, kacak soleh". Tak kisah lah apa jenis pertanyaan. Tapi yang penting, watak utama dia TUAH.


Ada berapa ramai pula yang fikirkan mengenai USAHA.Kalau usaha macammana pun kalau bukan milik kita, tak akan jadi milik kita.BETUL KE? Kalian cukup yakin ke, mereka yang mendapat apa yang kalian usahakan itu sebenarnya TAK BERUSAHA. Sebab kalian  dapat rasa pahit maung usaha kalian, kalian hukum kata kalian lagi tinggi usahanya. CUBA.Cuba buka pintu hati, lapang jiwa dan terima. Usaha aku mungkin tak setinggi usahanya, dan aku perlu lebih berusaha, moga suatu hari aku gapai apa yang di cita.



Bukan niat nak menidakkan tuah , tapi tolong hargai USAHA. Kalian nampak mereka sentiasa mewah.Kalian kata TUAH.Kalian tahu hidupnya seolah tersusun indah.Kalian bicara hal TUAH. Tolong sesekali sesekala kalian hulur kredit pada USAHA.Sang Usaha akan rasa bermakna, Si pemerhati bakal terinspirasi.



Tuah tak akan kemana kalau usaha tak hadir menjemput.


Berdoa pun satu USAHA.
Berjalan pun USAHA
Ambil bahagian jua USAHA.


Ambil contoh, kalian pernah tak ke mana-mana karnival dan ada yang menganjurkan kuiz, kuiznya mudah, senang.Hadiah?100 percent kalian dapat. tak besar.kecil.Masalahnya.Kalian segan. Malu lah nak naik atas pentas pergi join kuiz tu.Takutlah kalau jawab salah.Takut kena gelaklah.Tapi tanpa kalian sedar, kalian terus duduk di bawah dan turut serta menjawab soalan.Kalian kata, alaa kacang je soalan. "ish mana adil dia tak dapat jawab pon dapat hadiah". Dan yang paling best, bila ada yang juara, kalian bicara, "Hek Eleh, soalan senang, boleh lah." atau kalau kalian berjiwa tenang sedikit kalian cakap. "Memang dah rezeki dia.tuah dia hari ni". Apa pun kalian kesimpulannya di bawah memerhati.



Siapa pernah detik hatinya."Kerana Usaha dia ,menyingkir perasaan gundah hati, dia layak dapat apa yg dihajati ".


Dan kalian paling bahagia di hati, kalau kalian dapat rasai kegembiraan yang mereka ingin kongsi.


Ok. Itu saja buat masa ini.Entry ini khas untuk mereka yang sudi beri diri sendiri inspirasi.



Sebahagian dari koleksi "usaha yang menjemput tuah"


Mana Tahu satu hari nanti boleh jadi top macam mak cik ni..hehe :p


Gambar Inspirasi untuk kalian :)


p/s: Mungkin nanti aku akan kongsi lagi.:-)
Selamat Bergembira di hari cuti. Semoga jiwa sentiasa terinspirasi.







Saturday, October 19, 2013

The Notebook

Alhamdulillah.10:50 PM sudah. Sabtu, cuti yang betul-betul cuti. Cuti tanpa aktiviti luar. Cuti tanpa kerja dan panggilan dari tempat kerja. Cuma ada aku, cuti dan rumah NO 11.Itu sahaja.Ops, ada unifi juga :-)

Petang tadi , secara kebetulannya berkesempatanlah aku ini menonton "The Notebook" di TV2. Adaptasi dari Novel,novelist Nicholas Sparks's. Jujurnya buku tu memang aku ni tak pernah baca pun tapi lepas tengok cerita ni, mungkin one day kalau jumpa buku dia,aku teringin nak baca.

"The Notebook" dari perspective Khadijah Albasri. Kasih sayang tanpa batasan.
Cinta Sejati idaman setiap isteri. Kasih suci seorang suami.Cinta MURNI.Dugaan dan pengorbanan infiniti.

Siapa tak mahu ada orang jaga sampai hujung usia.
Siapa berduka kalau setiap ketika kau punya dia yang bawa tawa.
Yang pasti siapa pun bahagia kalau kau ada seseorang yang boleh bantu,sokong dan disusah tanpa kau rasa payah.

YA, DISUSAH TANPA RASA PAYAH. Sebab kita secara biasanya tak sudi menyusahkan orang. Sebab kita secara amnya, tak ingin menjadi beban kepada sesiapa. Dan kita secara keseluruhannya, hanya mahu kebaikan kita yang terserlah. Dan akhirnya kau buat keputusan untuk tanggung semua masalah,sebab kau rasa payah. TAPI,kalau kau punya dia yang boleh kau minta tolong tanpa hati kau kata payah, semua perkara kau boleh kata sudah. Sekurang-kurangnya kau tak sendirian mengadap masalah.

Apapun, setiap masa dan ketika, Ujian Cinta dari Allah tak pernah tiada. Berseorangankah kita, bersendirian sentiasa kah kita, ujiannya tetap ada.Kerana Ujian datang kerana Cinta Ilahi, jadi hadapilah dengan Kasih Sayang insani.





p/s: Sehingga 'Dia' aku temui. Allahumma Yassir Wala Tu'assir.(^_^)~

18 ++

Entri ini mudah.

Sebab hari ini hari bersendirian aku yang jarang bertemu,mood update hari ini tersenyum lebar :-)

Entri ini untuk kawan dari sekolah rendah. Dedicated untuk Cik Aida dan Dr.Norhana.

Terima kasih, sudi sabar. Terima kasih, sudi percaya. Terima kasih, tidak lupa kisah kita.


Gambar terbaru 2013


Cik Aida dan Cik Khadijah

Cik Khadijah dan Dr. Norhana


Sahabat
Kosa kata kita berbeza
Gaya bahasa tak pernah sama
Tema tentu clichenya tiada
Tapi jalan cerita kita serupa
Kita kasih kisah bersama.


KacipJari: Siapa aku hari ini, siapa aku akan datang, siapa kamu di belakang, dan siapa kamu di hadapan, moga kasih sayang dan kisah sukaduka kita bersama sentiasa.


Mukasurat Baru vs Buku Baru.

Kesilapan sering terjadi. Sentiasanya. Lari dari kesilapan.Bukan sesuatu yg patut diagungkan. Melupakan kesilapan?Tiada apa yg perlu dibanggakan.Menghadapi? Menyelesaikan?Adakah seperti yg diharap.

Bermula di mukasurat baru atau bertukar buku baru mendalam pengertiannya. Mungkin sesetengah perkara, menukar buku bukan lagi persoalannya, hanya sekadar berpaling mukasurat,pilihannya, dan harap, tiada siapa kembali menyelak mukasurat terdahulu. Tak mudah, tapi tak mustahil.

Bermula di buku baru .Kau terus hidup tanpa ada kerisauan terpalit. Kau harap kesilapan tak pernah berlaku. Kau percaya kau mampu hidup tanpa sedikit pon kekesalan. Sebab kau percaya kau mampu hidup dengan buku baru. Dan tanpa toleh, buku lama itu kau bakar dan debunya kau sebar di lautan paling dalam.
Juga tak mudah. Tapi kau berdaya. Aku kagum. Sebab aku. Takkan mampu membeli buku baru, Sebab aku percaya, ada mukasuratnya yg perlu aku jaga. Dan aku akan terus begitu sehinggalah suatu ketika aku tidak mampu menyelak helaian buku itu lagi.

Setiap antara kita ada sesuatu yang kita kesalkan.Setiap antara kita ada rahsia tersendiri. Setiap antara kita ada harapan yang tersembunyi. Atau mungkin tidak kalian tapi aku.

Sejujurnya ,walau bagaimana mahal untuk kau punya helaian muka surat baru atau bagaimana eksklusif pun kau mahu punya buku yang paling terbaru, aku bangga, kerana aku percaya kita sedang berusaha.

KacipJari : Hati terfikir,blog ini sudah lama, updatenya sesekali sampai tak tercapai sesekala.Mungkin patut tukar aja yang baru.Aku mula dari 0 dan teruskan dengan gaya aku yg "25". Blog ini aku mula dari aku yang "18".Bahasanya kasar.Ayatnya pasti ada yg membenci.Kemudian aku sedar.Tak mengapa.Kerana aku mahu aku yang "25" mendengar dan mengenali aku yang "18".Itu saja.Sebab aku mahu kenal aku.




edited 23/10/2013 (tambah picture je)


Mula semula

Selamat malam. Terlambatkah patik ?
Berapa kali dalam sehari kita rasa kita perlu “mula semula”.
Berapa kali dalam sebulan kita fikir untuk kembali ke pangkal.
Berapa kali dalam setahun kita cuba jadi bijak dengan kalimah “kalau boleh diundur semula”.
Dan akan ada berapa kalikah dalam hidup kita, kita keluh dan cuba bicara, seandainya kita lebih bijak mengatur langkah.
Berapa kali si ayah berkata,”tak mengapa anak, hikmahnya banyak”.
Berapa kali si ibu berlembut suara, “Jangan risau sayang,yakinlah perancangan Allah”.
Dan berapa kali si taulan cuba bermadah, “Jangan pening kepala, masalah memang selalu ada. Kerana masalah bakat kau terserlah.”
Dan jangan lupa, berapa kali kau, ya, kau sendiri, di kelam malam menyendiri sambil pujuk isi hati, “tabahlah diri, kuasalah jiwa, kau pasti mampu senyum kembali”.
Dan akhirnya kau tahu.
Ketidaksempurnaan itu keindahan.
Kegagalan itu gagah.
Kesedihan itu kekuatan.
Dan hidup pilih kau untuk jadi insan tabah.
Terlambat tak akan pernah.

notakaki:KacipJari