Saturday, September 13, 2014

#ALKHAMIMOSA100DAYCHALLENGE-DAY 4

#ALKHAMIMOSA100DAYCHALLENGE-DAY 4

Syukur

Sempurna tak semestinya cukup
Sedikit belum tentu tak puas
bersyukur
Kerana ada yang Maha Pemurah.


13/9/2014
10:59pm

Friday, September 12, 2014

#ALKHAMIMOSA100DAYCHALLENGE-Day 3

#ALKHAMIMOSA100DAYCHALLENGE - Day 3

botol balang

bila buruj muncul
1001 cerita tak habis
hilang penat siang
malam dodoi bayu

kisah botol balang
isi batu kongsi ramai
isi pasir tak endah lain
letih kita atur batu
senang senang ada sodok masuk pasir
tuang semua,jadi balang kosong
kita susun semula
satu persatu




Thursday, September 11, 2014

#ALKHAMIMOSA100DAYCHALLENGE - DAY2

#alkhamimosa100daychallenge - DAY2

Tiba-Tiba

Terkial-kial mencari rezeki
Terkumpul hasil tiba-tiba di bawa lari

Bersungguh payah,nak senang kemudian rancangnya
Terbongkok mengutip yang di cari  , tiba-tiba berdiri disamun pencuri

Sedikit dikit menahan diri
jangan dihabis pada yang itu
Jangan di bazir untuk yang ini
kelak terkumpul banyak
dapat punya apa yang ingin
tiba tiba
Terserempak si polan gila
habis diamuk semua

kecewa.


10:44 pm
day 2






Wednesday, September 10, 2014

#ALKHAMIMOSA100DAYCHALLENGE-DAY 1

Assalamualaikum

Setelah struggling untuk mendapatkan ME time...maka dapatlah update blog ni.
Alhamdulillah.

#alkhamimosa100daychallenge

Missionnya MUDAH tapi TAK SENANG.

Create a poem/story/anything in sentence.
Yup.Everyday.For 100 days.

Why?

Sebab suka.:-)

Kalau sempat patik update kat sini. InyaAllah akan disempatkan.


#alkhamimosa100daychallenge -DAY 1

Lemas Di Ruangan

Bersendiri di tengah keriuhan
Bersesak di lapangan
Tiada yang pasti walau hati memujuk berdiri
Pemikat sinis di sebalik rimbunan
Menanti tekukur puas mencari makan lemas di ruangan.


10/9/2014
11:23 pm

Friday, August 15, 2014

DiY 01 : DiY Mewarna Kertas Doily (Coloured Doily Paper)

Assalamualaikum...

Less than 130 days to go..~badump..badump...

Mood DiY datang tengah hari tadi...hehe
So, dengan suka citanya..patik dengan rendah hatinya mengajak kalian semua untuk cuba mendalami daya kekreatifan yang terpendam dalam dalam diri..(ckp kt diri sendiri)...

Jom kita mewarna...!!!~


Projek DiY : Mewarna Kertas Doily

Tujuan : Menambah warna warni samaada untuk hiasan goodie bag or kad kahwin or bunga telur..terpulang pada kesukaan masing-masing.

Bahan-Bahan :

1) Doily Paper (of course..size depend pada kehendak masing2 :-))
2) Pewarna Makanan (Patik guna Pewarna Makanan Kuning Telur keluaran Star Brand-lebihan buat kuih raya hari tu..hehhe)
3) 500 ml air (depends pada bekas)
4) Bekas (untuk merendam-patik guna bekas dulang loyang)
5) Penyepit (Untuk sepit kertas semasa menjemur)

Cara-Cara

1) Bancuh Pewarna makanan (dalam 3-4 camca) bersama air di dalam bekas dulang/tupperware.(kalau nak pekat lebihkan pewarna atau kurangkan air, tapi air pastikan cukup untuk rendam kertas doily)

2) Rendam kertas doily 1 persatu atau 2-3 sekaligus, Rendam dalam 8-15 saat..kalau lama sangat nanti kertas tu lembik dan mudah koyak masa sepit untuk jemur nanti.

3) Jemur kertas berhati-hati..sekiranya terdapat takungan pada hujung kertas doily, jentik perlahan2 tmpat yg bertakung tu

4) Jemur sehingga kertas kering (kalau jemur outdoor, jgn lama sangat, kalau lama nanti warna kertas semakin pudar dan kertas jadi keras)-disaran jemur indoor.


Bawah ni contoh gambar, sorry kualiti kurang memuaskan ...

Kertas Doily yang Direndam dan dijemur

Ni antara yang dah siap..sambil tengok cerita korea sambil men "DiY" heheh..~
Contoh hasil In progress-Hiasan kertas doily.





Itu sahaja untuk masa ini.Thank you olls!~~~...

#pengantin DiY #Alkhamimosa






Tuesday, August 5, 2014

Sunday, August 3, 2014

TiK ToK..TiK Tok...Tik Tok..

Salam Aidilfitri

Tik Tok.Tik Tok.Baump..Badump <3 p="">Dari 8 dah tinggal 4...

Ok..Amik Mood Dulu....


 Favorite Bride Ever :

Ok..Next Mission..DiY Veil Tu!!~!!...
 



Allahumma Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammim Bilkhair. InsyaAllah.


Tuesday, July 15, 2014

Cinta Ramadhan

Alhamdulillah...
Ramadhan 2014..dengan rahmatNya ia hadir lagi,dan dengan kasih sayangNya,aku masih meraikan..

15.7.2014.
Setelah hampir setengah tahun mendiam..aku kembali di sini. kembali melihat keusangan laman di sini.
Asal tuju penulisan..harap bakal dijadikan sempadan. tak perlu pada orang lain, cuma pada "the future me ".
Cuma sekadar ingatan,kenangan dan memory. Dan tak perlu pun antara kita mencara diri dalam penulisan bukan dari jari sendiri.

Diam tak bermakna sunyi. Cuma kadangkala rasa diri perlu sendiri. Sebab manusia, isihati rahsia Ilahi.
Baik buruk tafsirannya ikut hati sendiri.Perasaan dan hati orang?Tolak Tepi. Sebab tu aku pesan,jgn cari diri dalam tulis jari org lain.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Betul kata bijak. Fikir yang baik-baik aja..insyaAllah yg baik-baik itu yg hadir.
Sebahagian dari apa yang aku fikirkan the last 5 years start to become reality.InsyaAllah tak banyak pun sedikit.Dan terima kasih to "the old me.",sebab sudi fikir yg baik-baik.
Sebab sudi fikir ,dugaan itu tanda Cinta Allah.
Sebab sudi fikir, Allah ambil sekarang sebab Dia nk bagi lagi baik.
Sebab sudi fikir, sabar tu hikmahnya besar.
Sebab sudi fikir, Seteruk dan selooser mane pun aku sekarang sekurangnya aku ada family yang sayang aku.
Dan sebab tu aku terus fikir dan percaya...Jangan "Ambik" aku dari keluarga aku. KONGSI.

17 Ramadhan (2014).

Aku rindu hati senang aku.
Aku rindu senyum riang aku.
Aku rindu lapang dada aku.
Aku rindu ketawagelak aku

Sebab...

Aku rindu sahabat aku
Aku rindu usikgurau teman aku
Aku rindu borak uji kasar rakan-rakan aku.
Aku tak biasa fikir sahabat aku dah tak ada.

Sebab aku tak pernah fikir, satu perhubungan baru akan lenyapkan hubungan yg lain.
Tak pernah.
Sebab aku selalu ingat.
SAHABAT UNTUK SELAMANYA.

Sebab tu.AKU DIAM.
Sebab DIAM tak pernah tak berjaya TENANGkan hati aku.
Cuma DIAM tak pernah berjaya RAWAT luka hati aku.

Sebab aku lebih suka memilih LUKA dalam TENANG.
Jadi aku DIAM.

nokhtah.











Saturday, March 8, 2014

Assalamualaikum 2014~

Assalamualaikum.(^_^) 2014.


Entri baru tahun 2014 pada bulan Max :) Awal tahun 2014 penuh aktiviti. Penuh cabaran.
Jom imbau lintas!
Malam Tahun Baru 
Chill with friends. Yeay dapat ticket free lagi.this time Daniel (Kawan Kak fida) yang bagi! Dapat 8 tiket. offer punya offer, maka terkumpullah 8 orang di depan TGV One Utama!~
Malam new year 2014 !FireStorm mood (^_^)





Nampak tak senyum dan kesukaan..mesti tak agak kan masa ni baru dapat tahu kena patik kena langgar dan bercalar.- (masa pergi ni patik tumpang kawan.kereta patik parking dengan selamatnya di rumah patik).Gambar?yang ni patik tak simpan gambar, patik memang jenis tak simpan sangat benda sedih2 ni..Sape langgar ? Tu roomate kesayangan patik dalam gambar tu. Kereta patik calar sket je kete dia teruk jugak. Gabra katanya...~!Everything dh setel now. Yang melanggar pun dah bertanggungjawab sepenuhnya..Alhamdulillah. Pengalaman bersama..


Trip Januari-Jakarta

This is awesome. Ini trip pertama patik keluar Malaysia.
Ya. Trip pertama. Dah 26 tahun patik tak pernah keluar dari Malaysia ni.
2 years ago, pernah cakap dengan kakak housemate, one day nak join trip luar Malaysia dengan dia. Who knows one day dia kata, "Djay jom early birthday celebration kau ke Jakarta"..Yeay!Yeay! Nak!Nak!
Nak cerita lanjut kisah Jakarta, Nanti patik tulis details in New entry.(Delay Lagi..huhu.)

Trip Februari-Frase Hills

Nothing much yet still awesome having a quality time with little sisters. tak de lah trip sangat pun. :p

Mac?

Tak decide lagi..well kalau tak decide maknanya memang local trip je lah :p
Mac penuh dilema..Kerja..interview..tahun ni nekad. after 4 Years, esok patik ada 5 interview in one day. nampak tak nekad tu..:p 

Argghh..entry yang mengecewakan...!!Mohon ampun.
InsyaAllah lain hari tak buat macam ni lagi.


Mood : Perubahan perlu dilakukan. Tabah dan istiqomah. pls.