Tuesday, July 15, 2014

Cinta Ramadhan

Alhamdulillah...
Ramadhan 2014..dengan rahmatNya ia hadir lagi,dan dengan kasih sayangNya,aku masih meraikan..

15.7.2014.
Setelah hampir setengah tahun mendiam..aku kembali di sini. kembali melihat keusangan laman di sini.
Asal tuju penulisan..harap bakal dijadikan sempadan. tak perlu pada orang lain, cuma pada "the future me ".
Cuma sekadar ingatan,kenangan dan memory. Dan tak perlu pun antara kita mencara diri dalam penulisan bukan dari jari sendiri.

Diam tak bermakna sunyi. Cuma kadangkala rasa diri perlu sendiri. Sebab manusia, isihati rahsia Ilahi.
Baik buruk tafsirannya ikut hati sendiri.Perasaan dan hati orang?Tolak Tepi. Sebab tu aku pesan,jgn cari diri dalam tulis jari org lain.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Betul kata bijak. Fikir yang baik-baik aja..insyaAllah yg baik-baik itu yg hadir.
Sebahagian dari apa yang aku fikirkan the last 5 years start to become reality.InsyaAllah tak banyak pun sedikit.Dan terima kasih to "the old me.",sebab sudi fikir yg baik-baik.
Sebab sudi fikir ,dugaan itu tanda Cinta Allah.
Sebab sudi fikir, Allah ambil sekarang sebab Dia nk bagi lagi baik.
Sebab sudi fikir, sabar tu hikmahnya besar.
Sebab sudi fikir, Seteruk dan selooser mane pun aku sekarang sekurangnya aku ada family yang sayang aku.
Dan sebab tu aku terus fikir dan percaya...Jangan "Ambik" aku dari keluarga aku. KONGSI.

17 Ramadhan (2014).

Aku rindu hati senang aku.
Aku rindu senyum riang aku.
Aku rindu lapang dada aku.
Aku rindu ketawagelak aku

Sebab...

Aku rindu sahabat aku
Aku rindu usikgurau teman aku
Aku rindu borak uji kasar rakan-rakan aku.
Aku tak biasa fikir sahabat aku dah tak ada.

Sebab aku tak pernah fikir, satu perhubungan baru akan lenyapkan hubungan yg lain.
Tak pernah.
Sebab aku selalu ingat.
SAHABAT UNTUK SELAMANYA.

Sebab tu.AKU DIAM.
Sebab DIAM tak pernah tak berjaya TENANGkan hati aku.
Cuma DIAM tak pernah berjaya RAWAT luka hati aku.

Sebab aku lebih suka memilih LUKA dalam TENANG.
Jadi aku DIAM.

nokhtah.











Saturday, March 8, 2014

Assalamualaikum 2014~

Assalamualaikum.(^_^) 2014.


Entri baru tahun 2014 pada bulan Max :) Awal tahun 2014 penuh aktiviti. Penuh cabaran.
Jom imbau lintas!
Malam Tahun Baru 
Chill with friends. Yeay dapat ticket free lagi.this time Daniel (Kawan Kak fida) yang bagi! Dapat 8 tiket. offer punya offer, maka terkumpullah 8 orang di depan TGV One Utama!~
Malam new year 2014 !FireStorm mood (^_^)





Nampak tak senyum dan kesukaan..mesti tak agak kan masa ni baru dapat tahu kena patik kena langgar dan bercalar.- (masa pergi ni patik tumpang kawan.kereta patik parking dengan selamatnya di rumah patik).Gambar?yang ni patik tak simpan gambar, patik memang jenis tak simpan sangat benda sedih2 ni..Sape langgar ? Tu roomate kesayangan patik dalam gambar tu. Kereta patik calar sket je kete dia teruk jugak. Gabra katanya...~!Everything dh setel now. Yang melanggar pun dah bertanggungjawab sepenuhnya..Alhamdulillah. Pengalaman bersama..


Trip Januari-Jakarta

This is awesome. Ini trip pertama patik keluar Malaysia.
Ya. Trip pertama. Dah 26 tahun patik tak pernah keluar dari Malaysia ni.
2 years ago, pernah cakap dengan kakak housemate, one day nak join trip luar Malaysia dengan dia. Who knows one day dia kata, "Djay jom early birthday celebration kau ke Jakarta"..Yeay!Yeay! Nak!Nak!
Nak cerita lanjut kisah Jakarta, Nanti patik tulis details in New entry.(Delay Lagi..huhu.)

Trip Februari-Frase Hills

Nothing much yet still awesome having a quality time with little sisters. tak de lah trip sangat pun. :p

Mac?

Tak decide lagi..well kalau tak decide maknanya memang local trip je lah :p
Mac penuh dilema..Kerja..interview..tahun ni nekad. after 4 Years, esok patik ada 5 interview in one day. nampak tak nekad tu..:p 

Argghh..entry yang mengecewakan...!!Mohon ampun.
InsyaAllah lain hari tak buat macam ni lagi.


Mood : Perubahan perlu dilakukan. Tabah dan istiqomah. pls.







Wednesday, December 25, 2013

SOMETHING TO CHILL ME UP..(^_^)

Below are things that I read yesterday to chill me up after "that" unexpected moment. It's do chill me up. hahaha...~




He is Keluang Man..Crazy Hero


I Love this. He's getting fat!It might represent his happiness I guess.Well...I hope soo..


So..please..when you ask me to get out from my friend zone..it is is either we will be an awesome spouse or completely strangers!


Yes,Indeed.Please be happy so I know I've took right decision when I'm letting you go.Be happy :)


That's All.
Till I meet my missing piece.
from 24/12/2013




Sunday, December 8, 2013

***~Kisah 11 Bulan Yang Lalu ~***


Assalamualaikum (^_______^)

Salam Disember 2013 :-)

Sesuatu yang setiap detik masa berlalu,ia bakal menghampiri.Itulah dia MATI.
Tapi hari ni bukan soal mati yang bakal dibicara, hanya sekadar ingatan akal dan hati.

Hari ni jom kita muhasabah..
Muhasabah detik-detik waktu yang telah pun berlalu 11 bulan yang lalu.
Tahniah pada yang berjaya cemerlang
Tahniah pada yang berstatus "kepunyaan rasmi" orang
Tahniah pada yang dihadiahkan "amanah comel" yang bakal gemilang
Tahniah..tahniah dan tahniah pada setiap detik indah yang datang menjengah.

Kerana sesungguhnya setiap duka, gagal dan kecewa tak bererti kalah
Kerana di setiapnya ada pengajaran yang ekslusifitinya buat kalian tidak menyerah
Kerana tiap titis air mata yang rebah kalian terus tabah
dan kerana sehingga kini remuk hati tak terbelah
terus berdiri megah..Kalian aku ucap Sejuta TAHNIAH.

11 bulan yang lalu, azam termeterai, hidup tahun ini seharusnya indah dari yang sudah
11 bulan yang lalu, perancangan dinilai, direncana..ada yang akhirnya indah ada yang punah
11 bulan yang lalu, senyum bersama,berbicara gelak tawa namun kini dia dijemput Allah
Itu 1001 kisah 11 bulan yang kita lalu. Sudah kita coret. Sudah hampir kita jilid.

Untuk kamu, dia dan semua, 11 bulan akan datang, kalianlah perancangnya..penentu?hakikinya milik ALLAH. Sebegitupun jangan di lupa, 

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA APA YANG PADA DIRI MEREKA ” QS 13:11



Kisah 11 bulan patik.


1) Setiap yang kita ada sekarang adalah pinjaman dari Allah. Untuk 2013, ada pinjamanNya yang diambil semula. Walaupun kecil, namun kesannya terasa. Betul kata orang, kita jarang hargai apa yang kita miliki, sehingga ia tiada lagi..Namun patik harap, penghujungnya bukan disini, semoga pinjaman tersebut aku miliki semula suatu hari nanti...Oh ujian masalah jerawat...(suspen x?;p)


2) Tahun ni tahung jalan2 seberang lautan..bunyi macam jauh kan.Kali pertama trip naik aeroplane.(hehe..)
Trip pertama bersama Angah, Kak Fida dan Kak Wahida. Trip yang best. Suka Sabah. InsyaAllah akan sampai Lagi.

Kenangan di Sabah Mei 2013 (^_^)



3. Tahun 2013 juga merakamkan kali pertama saya menjejak Pulau Pinang. Jejak kat airport pon jadi lah.hehe..InsyaAllah ada masa akan ambil peluang untuk berjalan2 di Pulan Pinang :)

Alone trip to Penang (Alone sangatlah ^_^)

4. Yeay Belajar Bahasa Baru. Learning Korea..Yes, entri untuk Kelas Korea ni dah storykan last time. :p


5. Dan Lain-Lain...hehe...

Sekian Cerita patik.
Dan Setiap antara kita punya cerita yang berbeza.
Kebetulan atau suratan...Cinta Allah yang menentukan. <3 font="">


Wassalam.


Wednesday, October 30, 2013

Kisah Cita Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri ini untuk mereka yang sentiasa bergembira untuk mencapai cita-cita tanpa sempadan usia.
Yang paling penting, berani untuk bercita-cita.

Menjadi pelajar PJJ sebenarnya menjadikan patik lebih terbuka untuk berkongsi mengenai cita-cita dan usia.
Tolak tepi pendapat anda tentang sistem pendidikan negara.
Tolak tepi ilmu hebat anda cari wang di dunia tanpa pendidikan rasmi di universiti.

Mari dengar kisah cita kami menyambung pelajaran .
Patik 25 Tahun. Sebelum menyambung pelajaran dalam hati ada suara-suara "dah tua" bru nk ambik degree.
Patik bekerja. Ada dinding-dinding berbicara "studi jangan hangat-hangat tahi ayam dah lah.Studi sebab nak naik pangkat lah tu".
Patik anak sulung dari 7 beradik. Ada angin membisik " kakak kenalah berkorban untuk adik, tak payahlah studi,habis duit. Baik kumpul duit bantu keluarga,lagi baik". 

Itu sedikit kisah patik. Duduk di dalam kelas, dikelilingi hampir 20 orang kakak-kakak dan abang-abang yang lagi berusia dari patik,buat patik terfikir, apa di kisah cerita aku yang 25, sedang mereka yang 35 tersenyum beriringan menuju cita-cita menyudahkan pengajian.

Mereka yang tabah ke kelas meninggalkan anak comel mereka di rumah. 
Mereka yang gagah merentas dua buah negeri hanya kerana mahu menghadiri kuliah.
Mereka yang gigih membantu satu sama lain saat ada badai cuba menggoyah.

Patik pernah lihat, ada anak kecil dan ibu di dalam kelas.Ayahnya outstation kata si ibu.
Patik pernah lihat, ada anak kecil sedang bermain patung kecil di dalam stroller di sisi si ayah. Oh, ibunya tidak sihat, kata si ayah.
Patik pernah lihat, ada suami sabar menanti di luar jendela. Menemani isteri menjelajah 2 negeri sebelum tiba di kota. 'Dia risau akak datang sorang kelas jauh-jauh ni'...kata si isteri.

Itu yang aku lihat, yang lainnya...aku mungkin tak akan sanggup untuk menelek pun.

Jadi....
Kamu Cuba..


Untuk debu-debu yang berbicara...kami mohon kamu diam dan berfikir sebentar, berdosakah kami menyambung pelajaran hanya kerana kamu kata sistem pendidikan kita tak seberapa.

Kami pohon jangan kami di hina, hanya kerana kami bodoh ilmu "bantu niaga" yang kalian cuba perkenal. Cara begitu bukan cara kami.

Kami rayu, jangan kejamkan kami, hanya kerana kami anak pertama. Jangan tidaklayakkan kami bercita-cita. Jangan di soal erti pengorbanan,percayalah kamu tak layak mendengarnya dari kami. Kamu selamanya takkan faham selagi kamu terus begitu.

Kami gembira kalau kamu tak perkecilkan cita-cita kami. Kerana kami harap kamu faham, pengertian dan cara hidup kita boleh kalau tak sama.

Dan dengan senang hati kami bicara...kami gembira kalau kamu bersama kami bercita-cita.Cita lah apa jua...Cuma , jangan di hina cita-cita kami. Tinggalkan kami di sini.Kami Bahagia.





Monday, October 28, 2013

Kelas Bahasa Korea (Hanguel) Part 1


안녕하세요
안녕하셨습니까?

Seperti yang dijanjikan, setelah sekian lama memendam ciretera hangul kelas ini, tibalah masanya untuk sesi perkongsian bersama.

Kelas Bahasa Korea (Hangul) ini dianjurkan oleh Korea Tourism Organization. Paling best kelas ni FREE.
Percuma. Percuma tak bermakna kalian tak perlu bersungguh-sungguh untuk belajar ye.Sepatutnya ,Percuma, menjadikan kalian lebih bersemangat untuk belajar kerana mungkin itu cara mereka menghargai mereka yang benar benar ingin mendalami bahasa Korea.(Ini pada pendapat patik).

Baiklah untuk lebih lanjut berkaitan kelas ini bolehlah klik DI SINI .Untuk yang wajib kena cari info kat Facebook,jangan risau, link FB dia boleh klik KOREA PLAZA KL.

Macammana nak pergi Korea Plaza?

Baiklah, yang ini khas untuk pengguna LRT Kelana Jaya Line ya.
Patik ambik LRT dari Kelana Jaya dan turun di KLCC. Tambang dalam RM2.60 atau RM2.40 sen macam tu (tak ingat sangat). Dari KLCC cari jalan keluar ke Jalan P.RAMLEE..(rajin-rajin cari sign board dalam KLCC atau lagi gentle tanyalah insan2 yang ada di sekeliling). Korea Plaza ni ada dalam Menara HAP Seng (Groud Floor) , so kenalah cari Menara Hap Seng. Kalau jalan kaki dari KLCC ni, pandang-pandang atas sikit ada nampak Bangunan UBN. Menara Hap seng ni berdepan dengan Bangunan UBN.(hati-hati lintas jalan ).

Cara lain boleh turun di LRT Dang wangi jugak, tapi last time patik turun Dang wangi patik terus amik teksi je, RM5.70 sen cas.(bergantung pada meter@kesesakan jalan raya lah), patik tak tau macammana nak jalan kaki dari stesen Dang Wangi ke Menara Hap Seng.

Macammana cara pembelajaran dan pengajaran?

Patik tak tahu macammana untuk kelas-kelas lain. Untuk kelas Patik, kami dibekalkan 2 jenis buku, satu workbook, satu lagi text book. Bayaran semuanya RM30 untuk kedua-dua buku.Masa dalam kelas memang guna buku tu, listening,writing.Kira macam modul lah. Buku diambil dari Language Education Institute Seoul National University. 

Untuk Kelas pertama minggu lepas (21/10/2013) kami diajar mengenai huruf konsonan dan vowel hangeul. Sebelum tu, Cikgu ada terangkan mengenai salasilah atau sejarah penciptaan huruf Hangeul ni. Kalau nak tahu semua bentuk huruf dia membawa maksud atau tujuan. Jadi bila semua konsonan dan vowel dah ingat, bunyi atau pronunciation dah ok, dia akan go further,macammana cara nak tulis.

Hari ni dah go further sampai conversation.Bukan setakat conversation tau, kena tulis dan baca text dalan hanguel juga. Tapi jangan risau kalau dah kenal consonan dan vowel dan cara sebutan dia memang tak de masalah. So far, patik dah bileh baca merangkak-rangkak lah..maksudnya tak tau. Contoh dia bagi perkataan , mostly student boleh baca, tapi maksud tak tahu. Untuk maksud tu, dah jadi tanggungjawab sendirilah nak studi dan tambah vocabulary bahasa korea ni.InsyaAllah..doakan kami semua berjaya mendalami ilmu hanguel ni ya (^_^)~

Workbook dan Text Book

Cikgu patik memang awesome. Fun dan cantik jangan cakaplah..memang native Korean.Beautiful :-)


Siapa nama Cikgu Patik yang cantik tu?

Nama Cikgu patik Ha Eun Moon,nama Malaysianya LAILA. Exchange student dari UPSI. Dia memang studi Bahasa Melayu dan Ekonomi di UPSI.Dalam setahun duk Malaysia. So, tahulah cakap melayu. But since kelas patik ramai jugak Chinese, Cikgu Laila banyak gunakan Bahasa Inggeris. Tapi sedihnya, Cikgu Laila dah tak mengajar dah untuk kelas- kelas akan datang. Dia Cikgu ganti untuk Cikgu sebenar kelas kami tu.Mrs Tiara namanya. So coming soon, InsyaAllah patik story lainlah pasal Cikgu Tiara, sebab tak pernah masuk kelas dia lagi.

Cara pengajaran memang seronok.Dan paling best dia tak kisah kalau kita nak bertanya apa-apa kat fb ke, kakao talk ke kat mana jelah.

Dan Today, lepas balik dari kelas tadi, guess what? Cikgu Laila belanja minum kat STARBUCK! Great memory. Spent some time together, yelah kan lepas ni tak tau bila boleh jumpa lagi.



Baiklah. Lastly, Di sini patik share kan lah gambar-gambar bersama rakan-rakan dan cikgu patik.

Dari kiri : Stella ,Khadijah,Sam Moon Ha Eun and Tia.


Me and Sam..(^_^)

Sam dan Christine









Ini patik punya Kad Ahli Saranghaeyo Korea Club (SKC).

Bila masuk kelas ni wajib register. Masa patik register ni Free sebab sekali dengan promosi kelas hanguel. Kalau walk in RM20.Kad ini khas untu Malaysia Only. Keistimewaan ahli, boleh refer website http://www.visitkorea.com.my.


















Baiklah sekadar di sini dahulu.

Terima Kasih kerana meluangkan masa meninjau entri ini :-)

사랑해 !


Baju yang patik pakai tu HANBOK nama dia.

Persalinan tradisional Korean.
Oh ya, kalau di Korea Plaza, boleh cuba baju ni for FREE ya. Siap dia tolong pakaikan lagi :-)

Saturday, October 26, 2013

Masa

Assalamualaikum..

Tahniah Pahang ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia .Bakal bertemu Kelantan.
Sempat jeling-jeling tengok TV sambil buat assignment.

Minggu Dihambat Masa..semua benda buat rasa tak cukup masa.
Cadangan nak update status untuk kelas Isnin minggu lepas tak sempat-sempat lagi. 

Tak senang, tapi manisnya usaha dan hasil kepayahan tu tak ternilai, duhai hati tabahkan diri :-)

Ahad-Kelas Di Puncak Perdana
Isnin-Kelas Di KL
Selasa-Sabtu- Kerjalah sayang oit...
Lately nak dekat akhir tahun ni banyak pulak task and kerja ..

Tapi tak nafikan jugaklah ada megasale-JCard Day (lepas keje terus chow ke mall....hehe)

Kalau nak ikut hati hari-hari ada perkara menarik yang ingin di kongsi.
InsyaAllah ada masa yang diizin nanti bolehlah bercerita.

Alhamdulillah berkesempatan untuk entri ini.
Semoga Allah permudahkan urusan.

Allahumma Yaasir Wala tu'assir Rabbi tammim bilkhair.

~Masa sentiasanya 24 jam. Pengurusannya kebijaksanaan kita.