Assalamualaikum dan Selamat Meraikan Maulidur Rasul(walaupun hari ni lewat sehari). Bercakap mengenai Hidayah semua tahu ianya hanya milik Allah. Maulidur Rasul tahun ni membawa seribu satu pengertian buat ana. Ya ana!. Setelah sekian lama panggilan ini akan terus ku ucapkan. InsyaAllah. Tahun ini ana rasakan adalah tahun untuk ana kembali meneruskan pejuangan ke jalan Nya setelah hampir tiga tahun hidup tanpa pengertian yang jitu. Tak lagi bertanya pada diri, Dari mana kita datang? Apa tujuan kita datang? Dan kemana kita akan kembali? Terasa lama diri ini tak bertanyakan soalan sedemikian kepada diri sehingga kian alpa meneruskan kehidupan tanpa pengertian. Mungkin dahulu, persekitaran yang membantu ana mengenali Pencipta dan Undang-undangNya. Mungkin dahulu terasa diri cukup didikan tentang IlmuNya,tiba masa diuji,tercampak seorang diri di sini tanpa akhawat yang dahulunya saling mengingati tugas kita sebagai khalifah di Bumi, ana semakin jauh dari cahayaNya.Mujur kini, memang benar Cinta Allah sejati, mencampakkan secebis keinsafan di dalam diri, mengingatkan diri siapa ana sebelum ke lembah ini..Terima Kasih padamu Ilahi, masih sudi memandang hambamu.Terima kasih Ilahi kerana temukan ana dengan akhawat yang disayangi. Semoga selepas ini Siti Khadijah binti Albasri dapat mencari kembali, identiti diri yang sekian lama diketepikan sepi.
Thun 2009 baru 3 bulan memulakan perjalanan dan alhamdullilah tahun ini akan menjadi tahun terbaik untuk ana. Semoga tahun ini akan kembali memberikan sinar harapan kepada ana,moga taqwaku menjadi sehebat Khadijah kekasih Rasulullah. Untuk semua akhawat dan ikhwan ana mohon antum semua mendoakan ana. Doakan ana kembali bersama antum meneruskan perjuangan sebagai khalifah di BUmi. Moga Allah sentiasa memelihara kita bersama.
No comments:
Post a Comment