Monday, May 10, 2010

AkU yANG sEmaKIn LuPA...

Sejenak berfikir,Insafi diri...

Blog ni dah hampir 2 tahun menemani ak..jika mereka enggan mendengar keluhan rasa hati,di sinilah akan ak 'fotostatkan' setiap celoreng di minda dan di hati..agar ak rasa lega..agar ak dapat padamkan segala keresahan di jiwa tanpa ak lupa apa apa yang pernah ak jalani di dunia ini..moga blog ni sentiasa mengingatkan..siapa aku dulu..dan siapa ak sekarang..dan moga ak di beri kekuatan untuk terus memilih jalan yang terbaik antara yang terbaik..

2 tahun....pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu...begitu cepat pula ak menjauhiNya...kenapa ak tidak kuat dalam menghadapi ujian ini..kenapa aku sesenang mereka yang tidak dididik atau yang kurang didikan agamanya menjatuhkan maruahnya...
ya..ak pernah..marah pada diri..
ak pernah menangisi kesalahan..
namun ak seolah lupa..bola ujian itu datang kembali..

mungkin ini ujian-Nya kepada ku..
satu-satunya ujian yang belum pernah ak hadapi..
rasa cinta pada ajnabi..
mungkin Dia ingin ak mengerti..
jangan mudah mentafsir situasi..
andai diri,belum diuji...

Aku semakin rindu pada rakan yang saling mengingati.
aku rindu pada rakan yang tanpa jemu menasihati..
aku sangat rindu pada suasana kita bersama..mencari keredhaan Ilahi...


Hampir 5 tahun...
Dunia kecil di perkampungan nelayan itu ak tinggalkan..
menghadap dunia luar penuh dugaan..banyak ranjaunya..
hasilnya????-ak kaku berbicara...

-tiada lagi badan dakwah
-tiada lagi usrah
-tiada lagi ceramah
-tiada lagi aktiviti dakwah

ak risau..suatu hari,ak tinggalkan dunia ini, tanpaNya di hati..nauzubillah..

ak bertahan sehingga hari ini..
aku pendamkan sahaja perasaan di hati..
namun kali ini ak nekad..
ak x sanggup lagi menyimpan segala rasa hati..
ak x sanggup lagi melihat..
teman-teman ku..
rakan seperjuangan ku..
yang kami janji akan bersama menegakkan agama Allah..
akan bersama membantu masyarakat..memahami erti penghayatan hidup...
yang akhirnya..satu persatu gugur..jatuh tersungkur..
bukan kerana perang dunia...
bukan kerana perang ekonomi..
tapi kerana peperangan cinta..cinta ajnabi..
betapa hebat ujian Ilahi..

Mana mereka yang mahu mencontohi Rabiatul Adawiyah?..mengabdikan diri kepada Allah..

Mana mereka yang mengagumi Yusof???menahan diri dari cinta Zulaikha...

Dan ak???semakin hari semakin rapuh pegangan..
ak risau..ak bimbang..suatu ketika ak juga turut jatuh tersungkur..bantu ak Tuhan..

KENAPA????

semakin ak kenal dunia..
semakin ak lihat manusia..
lupa siapa mereka..
solat tiang agama dianggap remeh sahaja..tiada rasa tanggungjawab..
bab-bab yang lain..ak tiada rasa hati mahu berkongsi..
ak risau melihat keaadaan sekeliling...
bagai hidup di dunia tiada penghujung..
bagai mereka lupa..mati itu pasti..
dan mereka seolah alpa..balasan syurga dan neraka itu pasti..
dan aku risau..semakin hari ak juga semakinlupa..untuk itu ak tulis coretan ini..buat ingatan..agar 1 tahun, 2 tahun atau bertahun-tahun akan datang..andai ak lupa..ak harap ini bisa buat ak terjaga..bantu ak Tuhan..



*sesungguhnya ak rindu pada kehidupan di pinggir perkampungan nelayan itu....
kehilangannya buat aku kerinduan buat ak rasa bersyukur..betapa bertuahnya ak di sana..
*maafkan ak semua..

No comments: