Tuesday, July 31, 2012

Tinta Ramadhan.*10 Ramadhan Pertama*

Assalamualaikum..


Assalamualaikum.. 
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..
Alhamdulillah setelah setahun bertemu semula Ramadhan, memikirkan akan kekurangan amalan dan segala celoreng dan noda pada Ramadhan tahun lalu, kegembiraan hadirnya Ramadhan kali ini, memberi seribu erti buat aku. Sungguh, hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya. Syukur, Allah masih memberi peluang kepada hambaNya ini.

Astaghfirullahal'azim...allazi lailaha illa huwalhayyulqayyum waatuuubu ilaik...

Sesungguhnya aku percaya setiap dari kita semestinya mahu berubah. Ya perubahan ke arah kebaikan.
Siapa manusia untuk menghalang, andai hidayah ALLAH telah memilihnya. Ya, walaupun masih belum baik..tapi kita cuba berubah menjadi lebih baik.InsyaAllah..ayuh kita mengorak langkah. Siapa tau kalau-kalau Malaikat Izrail itu sedang "mengintai" menunggu masa melaksana tugasnya. Sehingga itu, Taubat, Istighfar dan Zikrullah jadikan teman, Allah maha mengetahui segalanya.

Perjalanan Ramadhan kali ini kepadaku, Alhamdulillah lebih tenang, semoga rahmat dan keberkatannya tercurah kepadaku dan ikhwan wa akhawat semua hendaknya. Dugaan? semestinya ada, tanda cinta Ilahi kepada Hambanya, Semoga semua dugaan dalam 10 pertama ramadhan tahun ini menghasilkan seribu keberkatan. Moga terbuka pintu hati untuk segala kebaikan dan ditutup pintu hati buat seluruh keburukan.

Inspirasi: Moga muhasabah menjadi teman sejati


Buat teman yang Disayangi;

Laluilah Ramadhan ini penuh keinsafan dan kesungguhan
Siapa tau mungkin ini Ramadhan terakhir buatmu dan diri ku
Keinsafan untuk segala kebatilan, mungkin tanpa sedar kita langgar,
Kesungguhan menunaikan kewajipan sebagai khalifah di bumi Allah,
Mungkin tanpa sedar kita semakin lupa, janji kepada yang ESA.

Kamu teman yang aku sayang;

Semoga Hidayah Allah sentiasa bersamamu,
Kasihku kepada mu kerana Ilahi,
Moga Jannah ketentuannya nanti.

-khadijah albasri-



Selamat berpuasa!(^_^)

Selasa
12:48 am






No comments: