Saturday, October 19, 2013

Mukasurat Baru vs Buku Baru.

Kesilapan sering terjadi. Sentiasanya. Lari dari kesilapan.Bukan sesuatu yg patut diagungkan. Melupakan kesilapan?Tiada apa yg perlu dibanggakan.Menghadapi? Menyelesaikan?Adakah seperti yg diharap.

Bermula di mukasurat baru atau bertukar buku baru mendalam pengertiannya. Mungkin sesetengah perkara, menukar buku bukan lagi persoalannya, hanya sekadar berpaling mukasurat,pilihannya, dan harap, tiada siapa kembali menyelak mukasurat terdahulu. Tak mudah, tapi tak mustahil.

Bermula di buku baru .Kau terus hidup tanpa ada kerisauan terpalit. Kau harap kesilapan tak pernah berlaku. Kau percaya kau mampu hidup tanpa sedikit pon kekesalan. Sebab kau percaya kau mampu hidup dengan buku baru. Dan tanpa toleh, buku lama itu kau bakar dan debunya kau sebar di lautan paling dalam.
Juga tak mudah. Tapi kau berdaya. Aku kagum. Sebab aku. Takkan mampu membeli buku baru, Sebab aku percaya, ada mukasuratnya yg perlu aku jaga. Dan aku akan terus begitu sehinggalah suatu ketika aku tidak mampu menyelak helaian buku itu lagi.

Setiap antara kita ada sesuatu yang kita kesalkan.Setiap antara kita ada rahsia tersendiri. Setiap antara kita ada harapan yang tersembunyi. Atau mungkin tidak kalian tapi aku.

Sejujurnya ,walau bagaimana mahal untuk kau punya helaian muka surat baru atau bagaimana eksklusif pun kau mahu punya buku yang paling terbaru, aku bangga, kerana aku percaya kita sedang berusaha.

KacipJari : Hati terfikir,blog ini sudah lama, updatenya sesekali sampai tak tercapai sesekala.Mungkin patut tukar aja yang baru.Aku mula dari 0 dan teruskan dengan gaya aku yg "25". Blog ini aku mula dari aku yang "18".Bahasanya kasar.Ayatnya pasti ada yg membenci.Kemudian aku sedar.Tak mengapa.Kerana aku mahu aku yang "25" mendengar dan mengenali aku yang "18".Itu saja.Sebab aku mahu kenal aku.




edited 23/10/2013 (tambah picture je)


No comments: