Monday, October 21, 2013

Kelas Bahasa Korea (Intro)

“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”


Tu dia..aura Korea dah mai..

21/10/2013 bersamaan genap lagi 3 bulan akan datang bermula dari hari ini patik akan turn to 26.Tapi itu semua nombor je.(ayat cliche org tua). Nak story, hari ini patik berpeluang menghadiri kelas 'Hangul' di Korea Plaza.

Sebenarnya banyak yang patik nak cerita, tapi sebab kabel telefon tertinggal kat office nanti lain kali patik cerita lah ye.Promise.Memang akan share punya. Tambahan sekarang patik tersangat penatnya..O. kabel tu penting sebab patik nak uploadlah gambarnya sekali..hihi..gambar kat handphone patik.

Overall memang best. Menepati cita rasa patik gitu..ok.Nak tau lebih lanjut macammana patik boleh join the kelas,kat mane kelas patik,siapa nama cikgu patik dan kawan-kawan patik yang sempat patik berkenalan, next entry patik cerita. Tak larat dah ni sayang oit.

Apa pun terima kasih buat semua. Semoga impian kalian tak terhalang dek nombor di Usia :-)


KacipJari : Cikgu@seonsaengnim patik tersangat cute and comel. Native Korean. Nak tau lebih?Next Entry ye.(^________^)


Sunday, October 20, 2013

Tuah @ Luck

Assalamualaikum. Selamat tengah hari semua. Moga hari ini lebih "indah" dan cerah buat jiwa kalian semua.


Perkongsian hari ini berkaitan "Tuah" atau "Luck". Beramai kita pada hari ini mentafsir hasil usaha sebagai TUAH.



"Memang dah rezeki dia dapat kerja gaji besar", "Bertuahnya, menang cabutan bertuah", " Bertuahnya awak boleh menang hadiah".

Dan mungkin,"Bertuahnya dapat kahwin dengan dia yang jelita,solehah, kacak soleh". Tak kisah lah apa jenis pertanyaan. Tapi yang penting, watak utama dia TUAH.


Ada berapa ramai pula yang fikirkan mengenai USAHA.Kalau usaha macammana pun kalau bukan milik kita, tak akan jadi milik kita.BETUL KE? Kalian cukup yakin ke, mereka yang mendapat apa yang kalian usahakan itu sebenarnya TAK BERUSAHA. Sebab kalian  dapat rasa pahit maung usaha kalian, kalian hukum kata kalian lagi tinggi usahanya. CUBA.Cuba buka pintu hati, lapang jiwa dan terima. Usaha aku mungkin tak setinggi usahanya, dan aku perlu lebih berusaha, moga suatu hari aku gapai apa yang di cita.



Bukan niat nak menidakkan tuah , tapi tolong hargai USAHA. Kalian nampak mereka sentiasa mewah.Kalian kata TUAH.Kalian tahu hidupnya seolah tersusun indah.Kalian bicara hal TUAH. Tolong sesekali sesekala kalian hulur kredit pada USAHA.Sang Usaha akan rasa bermakna, Si pemerhati bakal terinspirasi.



Tuah tak akan kemana kalau usaha tak hadir menjemput.


Berdoa pun satu USAHA.
Berjalan pun USAHA
Ambil bahagian jua USAHA.


Ambil contoh, kalian pernah tak ke mana-mana karnival dan ada yang menganjurkan kuiz, kuiznya mudah, senang.Hadiah?100 percent kalian dapat. tak besar.kecil.Masalahnya.Kalian segan. Malu lah nak naik atas pentas pergi join kuiz tu.Takutlah kalau jawab salah.Takut kena gelaklah.Tapi tanpa kalian sedar, kalian terus duduk di bawah dan turut serta menjawab soalan.Kalian kata, alaa kacang je soalan. "ish mana adil dia tak dapat jawab pon dapat hadiah". Dan yang paling best, bila ada yang juara, kalian bicara, "Hek Eleh, soalan senang, boleh lah." atau kalau kalian berjiwa tenang sedikit kalian cakap. "Memang dah rezeki dia.tuah dia hari ni". Apa pun kalian kesimpulannya di bawah memerhati.



Siapa pernah detik hatinya."Kerana Usaha dia ,menyingkir perasaan gundah hati, dia layak dapat apa yg dihajati ".


Dan kalian paling bahagia di hati, kalau kalian dapat rasai kegembiraan yang mereka ingin kongsi.


Ok. Itu saja buat masa ini.Entry ini khas untuk mereka yang sudi beri diri sendiri inspirasi.



Sebahagian dari koleksi "usaha yang menjemput tuah"


Mana Tahu satu hari nanti boleh jadi top macam mak cik ni..hehe :p


Gambar Inspirasi untuk kalian :)


p/s: Mungkin nanti aku akan kongsi lagi.:-)
Selamat Bergembira di hari cuti. Semoga jiwa sentiasa terinspirasi.







Saturday, October 19, 2013

The Notebook

Alhamdulillah.10:50 PM sudah. Sabtu, cuti yang betul-betul cuti. Cuti tanpa aktiviti luar. Cuti tanpa kerja dan panggilan dari tempat kerja. Cuma ada aku, cuti dan rumah NO 11.Itu sahaja.Ops, ada unifi juga :-)

Petang tadi , secara kebetulannya berkesempatanlah aku ini menonton "The Notebook" di TV2. Adaptasi dari Novel,novelist Nicholas Sparks's. Jujurnya buku tu memang aku ni tak pernah baca pun tapi lepas tengok cerita ni, mungkin one day kalau jumpa buku dia,aku teringin nak baca.

"The Notebook" dari perspective Khadijah Albasri. Kasih sayang tanpa batasan.
Cinta Sejati idaman setiap isteri. Kasih suci seorang suami.Cinta MURNI.Dugaan dan pengorbanan infiniti.

Siapa tak mahu ada orang jaga sampai hujung usia.
Siapa berduka kalau setiap ketika kau punya dia yang bawa tawa.
Yang pasti siapa pun bahagia kalau kau ada seseorang yang boleh bantu,sokong dan disusah tanpa kau rasa payah.

YA, DISUSAH TANPA RASA PAYAH. Sebab kita secara biasanya tak sudi menyusahkan orang. Sebab kita secara amnya, tak ingin menjadi beban kepada sesiapa. Dan kita secara keseluruhannya, hanya mahu kebaikan kita yang terserlah. Dan akhirnya kau buat keputusan untuk tanggung semua masalah,sebab kau rasa payah. TAPI,kalau kau punya dia yang boleh kau minta tolong tanpa hati kau kata payah, semua perkara kau boleh kata sudah. Sekurang-kurangnya kau tak sendirian mengadap masalah.

Apapun, setiap masa dan ketika, Ujian Cinta dari Allah tak pernah tiada. Berseorangankah kita, bersendirian sentiasa kah kita, ujiannya tetap ada.Kerana Ujian datang kerana Cinta Ilahi, jadi hadapilah dengan Kasih Sayang insani.





p/s: Sehingga 'Dia' aku temui. Allahumma Yassir Wala Tu'assir.(^_^)~

18 ++

Entri ini mudah.

Sebab hari ini hari bersendirian aku yang jarang bertemu,mood update hari ini tersenyum lebar :-)

Entri ini untuk kawan dari sekolah rendah. Dedicated untuk Cik Aida dan Dr.Norhana.

Terima kasih, sudi sabar. Terima kasih, sudi percaya. Terima kasih, tidak lupa kisah kita.


Gambar terbaru 2013


Cik Aida dan Cik Khadijah

Cik Khadijah dan Dr. Norhana


Sahabat
Kosa kata kita berbeza
Gaya bahasa tak pernah sama
Tema tentu clichenya tiada
Tapi jalan cerita kita serupa
Kita kasih kisah bersama.


KacipJari: Siapa aku hari ini, siapa aku akan datang, siapa kamu di belakang, dan siapa kamu di hadapan, moga kasih sayang dan kisah sukaduka kita bersama sentiasa.


Mukasurat Baru vs Buku Baru.

Kesilapan sering terjadi. Sentiasanya. Lari dari kesilapan.Bukan sesuatu yg patut diagungkan. Melupakan kesilapan?Tiada apa yg perlu dibanggakan.Menghadapi? Menyelesaikan?Adakah seperti yg diharap.

Bermula di mukasurat baru atau bertukar buku baru mendalam pengertiannya. Mungkin sesetengah perkara, menukar buku bukan lagi persoalannya, hanya sekadar berpaling mukasurat,pilihannya, dan harap, tiada siapa kembali menyelak mukasurat terdahulu. Tak mudah, tapi tak mustahil.

Bermula di buku baru .Kau terus hidup tanpa ada kerisauan terpalit. Kau harap kesilapan tak pernah berlaku. Kau percaya kau mampu hidup tanpa sedikit pon kekesalan. Sebab kau percaya kau mampu hidup dengan buku baru. Dan tanpa toleh, buku lama itu kau bakar dan debunya kau sebar di lautan paling dalam.
Juga tak mudah. Tapi kau berdaya. Aku kagum. Sebab aku. Takkan mampu membeli buku baru, Sebab aku percaya, ada mukasuratnya yg perlu aku jaga. Dan aku akan terus begitu sehinggalah suatu ketika aku tidak mampu menyelak helaian buku itu lagi.

Setiap antara kita ada sesuatu yang kita kesalkan.Setiap antara kita ada rahsia tersendiri. Setiap antara kita ada harapan yang tersembunyi. Atau mungkin tidak kalian tapi aku.

Sejujurnya ,walau bagaimana mahal untuk kau punya helaian muka surat baru atau bagaimana eksklusif pun kau mahu punya buku yang paling terbaru, aku bangga, kerana aku percaya kita sedang berusaha.

KacipJari : Hati terfikir,blog ini sudah lama, updatenya sesekali sampai tak tercapai sesekala.Mungkin patut tukar aja yang baru.Aku mula dari 0 dan teruskan dengan gaya aku yg "25". Blog ini aku mula dari aku yang "18".Bahasanya kasar.Ayatnya pasti ada yg membenci.Kemudian aku sedar.Tak mengapa.Kerana aku mahu aku yang "25" mendengar dan mengenali aku yang "18".Itu saja.Sebab aku mahu kenal aku.




edited 23/10/2013 (tambah picture je)


Mula semula

Selamat malam. Terlambatkah patik ?
Berapa kali dalam sehari kita rasa kita perlu “mula semula”.
Berapa kali dalam sebulan kita fikir untuk kembali ke pangkal.
Berapa kali dalam setahun kita cuba jadi bijak dengan kalimah “kalau boleh diundur semula”.
Dan akan ada berapa kalikah dalam hidup kita, kita keluh dan cuba bicara, seandainya kita lebih bijak mengatur langkah.
Berapa kali si ayah berkata,”tak mengapa anak, hikmahnya banyak”.
Berapa kali si ibu berlembut suara, “Jangan risau sayang,yakinlah perancangan Allah”.
Dan berapa kali si taulan cuba bermadah, “Jangan pening kepala, masalah memang selalu ada. Kerana masalah bakat kau terserlah.”
Dan jangan lupa, berapa kali kau, ya, kau sendiri, di kelam malam menyendiri sambil pujuk isi hati, “tabahlah diri, kuasalah jiwa, kau pasti mampu senyum kembali”.
Dan akhirnya kau tahu.
Ketidaksempurnaan itu keindahan.
Kegagalan itu gagah.
Kesedihan itu kekuatan.
Dan hidup pilih kau untuk jadi insan tabah.
Terlambat tak akan pernah.

notakaki:KacipJari

Wednesday, July 10, 2013

한국의 효과

안녕 모두,

나는 구글이 문장을 쓴 번역 사용하여 노력하고 있어요. 그것은 재미있다?

내 이름은 Khadijah입니다.

I 매니아 '러닝 맨'


감사합니다