Selamat Hari Kemerdekaan ke 55 buat semua warga Malaysia.
Apa Erti merdekamu hari ini?
Apa caknamu untuk merdeka kali ini?
Untuk imbas kembali; jom kita lihat list di bawah ni,
Senarai hari tema kemerdekaan since 1970 sehingga 2012
- 1970 Muhibah dan Perpaduan
- 1971 Masyarakat Progresif
- 1972 Masyarakat Adil
- 1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
- 1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
- 1975 Masyarakat Berdikari
- 1976 Ketahanan Rakyat
- 1977 20 Tahun Bersatu Maju
- 1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
- 1979 Bersatu Berdisiplin
- 1980 Berdisiplin Berbakti
- 1981 Berdisiplin Berharmoni
- 1982 Berdisiplin Giat Maju
- 1983 Bersama ke Arah Kemajuan
- 1984 Amanah Asas Kejayaan
- 1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
- 1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
- 1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
- 1988-1989 Bersatu
- 1990 Berjaya
- 1991 Wawasan 2020
- 1992 Wawasan Asas Kejayaan
- 1993 Bersatu Menuju Wawasan
- 1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
- 1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
- 1996 Budaya Penentu Kecapaian
- 1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
- 1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
- 1999 Bersatu Ke Alaf Baru
- 2000-2006 Keranamu Malaysia
- 2007 Malaysiaku Gemilang
- 2008 Perpaduan Teras Kejayaan
- 2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
- 2010 1Malaysia Menjana Tranformasi
- 2011 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”
- 2012 Janji Ditepati
Kenangan Hari Kemerdekaan Saya :)
Tahun 1999 : Masa ni masuk pertandingan Pidato Peringat Daerah dapat tajuk:"Negara Kita Tanggungjawab Kita".Tajuk ni sempena tema hari kemerdekaan tahun 1998. Untuk Pidato spontan dapat tajuk "GURU".
Memorable moment sampai sekarang, disebabkan tajuk pidato spontan tu, my cikgu bahasa yg ajar pidato tu found out yg saya ni sebenarnya pelat huruf "R", memula igt sbb sejuk ke, sbb pertandingan tu buat di bukit fraser, tp pastu blik sekolah baru dia perasan betul2. Then, dan-dan lah kawan2 aku yg lain ambik kesempatan utk mengejek aku. So ckp2 orgpsal pelat huruf "R" dah masak sgtlah saya since tahun 1999 smpai skrg 2012. :-) BTW:Pidato tu dpt tempat ke-3 (^_^)
Tahun 2000 : Masa ni darjah 6,because of active sukan , dah tak masuk pertandingan pidato. Tapi masa hari kemerdekaan tetap masuk jugaklah pertandigan pidato untuk sekolah sahaja :) Tajuk "Keranamu Malaysia". Dapat no 2 masa ni .(^_^)
Tahun2 yg lain tu,2001-2007 = sambutan biasa2 jer, ada yg buat persembahan kawat kaki (2001-2003) kadet polis kat SMAD.Ada yg wat barisan beratur berterabur..hehhe..pastu ada yg x buat pape pon kot, duk umah je ke..entahlah x igt dah sbb xde activiti yg memorable sgt cm sek rendah kot.
Tahun 2008 : Yeay!Masa ni masuk pertandingan Pidato Luahan Anak Merdeka di Universiti Darul Iman, Terengganu. Wakil UiTM KTerengganu.Masa ni bidan terjun je, pasal adik junior yg sepatutnya masuk tarik diri. Saya pon, Layan kan je lah Labu...huhuhu..Cabaran masa training adalah nak tukarkan balik tone dari Bahas (team bahas uitm KT sbnar) ke pidato. Tuhan je lah tau.Ok. x dpt podium pon :-(, dpt no 4. tp nak bg smgt ckp kt diri sndiri, ok ape no 4 ramai kot peserta..hihihi :)
Tahun 2009-2011 : Alamak!betul2 tak igt ni..adoiii..apalah saya ni, x menyambut kemerdekaan Malaysia ke?Huhuhu ampun ya semua..(^_~)
Tahun 2012 : Hari ni??? Yeay ada kat Opis ter"chenta" ala-ala berjuang camtu konon.Ya, berjuang untuk triple!:p
Dalam Hati berdebar menunggu kelahiran Baby yg bakal panggil saya "Mi Yom"..Baby merdeka raya Mak Ndak and Pak Ndak saya,
Tadi kol still dalam labour room at Hosp. Selayang. tak taulah skarang macammana. Semoga Allah permudahkan.Amiin.
Apa pon Jua, Pastikan Kemerdekaan Negara terus Utuh, jgn bertelagah hanya utk tema, apa pon tema nya, seburuk/seindah mana pon logonya, sekreatif dan puitis mana pon definisinya kemerdekaan ada dlm diri kita, sejauh mana kita menjaganya, tanya sendiri. (^_^)
Gambar Kenangan (^_^) |
Regards;
khadijahalbasri.
No comments:
Post a Comment