Dia memaling
muka,
kata mereka dia
ini sombong orangnya.
Dia jarang pulang
ke kampung,
kata mereka,ahh..biasalah itu,dia kan sudah lupa asal usulnya.
Dia masih bujang,jodohnya tak kunjung tiba;
Kata mereka,memang padan mukanya, dia itu selayaknya terus jadi
andartu saja.
Perjalanan hidup dia terus sendiri,rakannya ramai, teman baiknya
tiada
Kata mereka,dia itu tidak menjaga solatnya,perhubungan sesame manusia
apatah lagi.
Akhirnya aku lihat dia,
Dari jauh aku lihat bibirnya mengukir senyum;
Langkah ku santun menghampiri,
Aku makin mendekati,
Sedekatnya aku lihat ada juraian air jernih di mata dia.
Kata dia; Apa dikisah kata mereka andai kata Allah sentiasa
bersama.
Kata dia; Mereka itu siapa,bertandang kerumahku sahaja belum
pernah.
Kata dia, Mereka itu siapa,berjemaah solat bersamaku sahaja
tidak pernah
Kata dia,
MasyaAllah, jangan dihitung berapa banyak kata mereka;
SubhanaAllah, syurga neraka bukan milik mereka,
Alhamdulillah,perancangan Allah Maha mengatasi segala.
Lalu;
Aku biarkan sahaja kata mereka.
Gambar Ihsan google :) |
1 comment:
Apo nak di kato !!!
Post a Comment