Wednesday, October 30, 2013

Kisah Cita Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri ini untuk mereka yang sentiasa bergembira untuk mencapai cita-cita tanpa sempadan usia.
Yang paling penting, berani untuk bercita-cita.

Menjadi pelajar PJJ sebenarnya menjadikan patik lebih terbuka untuk berkongsi mengenai cita-cita dan usia.
Tolak tepi pendapat anda tentang sistem pendidikan negara.
Tolak tepi ilmu hebat anda cari wang di dunia tanpa pendidikan rasmi di universiti.

Mari dengar kisah cita kami menyambung pelajaran .
Patik 25 Tahun. Sebelum menyambung pelajaran dalam hati ada suara-suara "dah tua" bru nk ambik degree.
Patik bekerja. Ada dinding-dinding berbicara "studi jangan hangat-hangat tahi ayam dah lah.Studi sebab nak naik pangkat lah tu".
Patik anak sulung dari 7 beradik. Ada angin membisik " kakak kenalah berkorban untuk adik, tak payahlah studi,habis duit. Baik kumpul duit bantu keluarga,lagi baik". 

Itu sedikit kisah patik. Duduk di dalam kelas, dikelilingi hampir 20 orang kakak-kakak dan abang-abang yang lagi berusia dari patik,buat patik terfikir, apa di kisah cerita aku yang 25, sedang mereka yang 35 tersenyum beriringan menuju cita-cita menyudahkan pengajian.

Mereka yang tabah ke kelas meninggalkan anak comel mereka di rumah. 
Mereka yang gagah merentas dua buah negeri hanya kerana mahu menghadiri kuliah.
Mereka yang gigih membantu satu sama lain saat ada badai cuba menggoyah.

Patik pernah lihat, ada anak kecil dan ibu di dalam kelas.Ayahnya outstation kata si ibu.
Patik pernah lihat, ada anak kecil sedang bermain patung kecil di dalam stroller di sisi si ayah. Oh, ibunya tidak sihat, kata si ayah.
Patik pernah lihat, ada suami sabar menanti di luar jendela. Menemani isteri menjelajah 2 negeri sebelum tiba di kota. 'Dia risau akak datang sorang kelas jauh-jauh ni'...kata si isteri.

Itu yang aku lihat, yang lainnya...aku mungkin tak akan sanggup untuk menelek pun.

Jadi....
Kamu Cuba..


Untuk debu-debu yang berbicara...kami mohon kamu diam dan berfikir sebentar, berdosakah kami menyambung pelajaran hanya kerana kamu kata sistem pendidikan kita tak seberapa.

Kami pohon jangan kami di hina, hanya kerana kami bodoh ilmu "bantu niaga" yang kalian cuba perkenal. Cara begitu bukan cara kami.

Kami rayu, jangan kejamkan kami, hanya kerana kami anak pertama. Jangan tidaklayakkan kami bercita-cita. Jangan di soal erti pengorbanan,percayalah kamu tak layak mendengarnya dari kami. Kamu selamanya takkan faham selagi kamu terus begitu.

Kami gembira kalau kamu tak perkecilkan cita-cita kami. Kerana kami harap kamu faham, pengertian dan cara hidup kita boleh kalau tak sama.

Dan dengan senang hati kami bicara...kami gembira kalau kamu bersama kami bercita-cita.Cita lah apa jua...Cuma , jangan di hina cita-cita kami. Tinggalkan kami di sini.Kami Bahagia.





2 comments:

Rezeki adalah Milik ALLAH SWT said...

DEAR, totally agreed with you.
Sebak *sob sob*

Unknown said...

Smile and smile(^_^)~