Monday, March 2, 2009

BOIKOT?? TAK BOIKOT???

Assalamualaikum and selamat malam..bertemankn bunyi hujan yang meresahkan jiwa (jap lagi nak blik tak bleh coz tak bwk payung) tiba-tiba terlintas untuk menulis..perihal boikot.Suatu ketika dulu ketika filem kartun pendek dari belanda yang menghina Islam, kita dengan semangat wajanya bersemangat untuk memboikot barangan dari belanda..berderet-deret list barangan yang dikeluarkan...sehari dua,seminggu dua, dah stop beli(ye ker), tapi ferrero rocher(btul ke eja ni) memang saya tak pernah beli,mahal tu..kalau kawan bg adalah.Tapi persoalan kat sini bukan berjaya ke tak kte boikot sebab rasanya semua dah tau jawapan.Tanya diri sendri lah.Pastu sekarang, kes di Gaza, Keluar lagi list untuk boikot barang..kalau nak campur barang belanda and israel..rasa-rasa anad macammana??Tapi sedar atau tidak, list-list barangan israel yang berjela-jela sampai ada yang kata mustahil tuk boikot suma membuatkan saya berfikir, macammana Israel yang negaranya tak pun diiktiraf bahkan boleh dikatakan sekadar parasit, mampu untuk memonopoli barangan di Bumi Allah ini,ke mana perginya 57 negara Islam??Di mana barangan keluarannya???Kita hanya layak terdiam sepi.Tatkala seorang rakan memandang serong seorang penjual ais krim nestle (yang naik motor sambil menjual) dan dengan selamba berkata,barangan Nestle,BOIKOT!!! tanpa disedari ada yang memerhati,oh lecturerku. Esoknya kat kuliah kena leter(lecture sebenarnya), lecturer ni kata kita tak boleh nak hukum peniaga kecil disebabkan apa yang terjadi,kerana mereka ini perlu mencari rezeki untuk anak,bini dan sebagainya.Persoalan timbul bila saya cakap.Peniaga in (melayu) bleh reka produk baru,jual ais krim buatan sendri ker..jual kuih ke..jawapan cukup ringkas dari lecturer ini.."awak pasti ke mereka boleh".
Tanpa disedari sebenarnya banyak lagi isu akan timbul.contohnya,KFC kena boikot pasal wang akan disalurkan ke Israel,pastu apa hukumnya kerja kat KFC??
Bagi saya segala usaha perlu dilakukan ,walau sekecil mana pun kerana kita perlu malu pada seekor burung kecil yang berulang-alik memadamkan api yang dinyalakan pada seorang nabi sedang manusia lain hanya sekadar memandang sepi (ingat tak kisah ni?). Yang paling penting usaha membantu rakyat di Gaza,IRAQ,palestin dan sebagainya tidak harus digalaskan kepada umat Islam semata, kerana yang pasti Tindakan Israel menjatuhkan standard kita sebagai manusia. Mencabul Hak Asasi Manusia.Al Fatihah buat saudara Islam yang terkorban dalm perjuangan menegakkan Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Salam DJ,
Cikgu kagum dengan pendirian DJ ni mengenai hal boikot tersebut.Prinsip yang paling utama kita turut terlibat menentang sebarang kezaliman dan penindasan. Boikot barangan adalah salah satu cara yang kita mampu lakukan.Sebaiknya boikot semua barangan negara penjenayah perang.Namun jika kita tidak mampu kerana ada tuntutan keperluan setelah tiada pilihan lain, boikot separuh atau sekadar yang kita boleh , pun penting juga. Perjuangan menentang kezaliman tetap perjangan. Kita telah turut sama berada di dalam saf menentang kezaliman.Yang kita tidak mahu ialah kita tidak turut sama seikhlasnya menentang kezaliman !

Soal peniaga kecil jual aiskrim - kalau jenama aiskrim yang dijual ialah syarikat penyumbang kepada kezaliman - maka kita tetap perlu boikot.Kita boikot aiskrim yang dia jual bukan boikot peniaga tersebut.

Soal dia akan kurang mendapat keuntungan kerana menjual aiskrim sedangkan dia peniaga kecil, itu biasalah....itulah yang dikatakan risiko perniagaan !!

Soal apakah boikot kita itu memberi kesan. Itu bukan soal kita untuk memikirkannnya. Yang penting di tahap hari ini kita turut terlibat dengan cara kita, dalam menentang kezaliman Zionist yang bersifat lebih binatang dari binatang itu !