Showing posts with label inspiration. Show all posts
Showing posts with label inspiration. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Tuah @ Luck

Assalamualaikum. Selamat tengah hari semua. Moga hari ini lebih "indah" dan cerah buat jiwa kalian semua.


Perkongsian hari ini berkaitan "Tuah" atau "Luck". Beramai kita pada hari ini mentafsir hasil usaha sebagai TUAH.



"Memang dah rezeki dia dapat kerja gaji besar", "Bertuahnya, menang cabutan bertuah", " Bertuahnya awak boleh menang hadiah".

Dan mungkin,"Bertuahnya dapat kahwin dengan dia yang jelita,solehah, kacak soleh". Tak kisah lah apa jenis pertanyaan. Tapi yang penting, watak utama dia TUAH.


Ada berapa ramai pula yang fikirkan mengenai USAHA.Kalau usaha macammana pun kalau bukan milik kita, tak akan jadi milik kita.BETUL KE? Kalian cukup yakin ke, mereka yang mendapat apa yang kalian usahakan itu sebenarnya TAK BERUSAHA. Sebab kalian  dapat rasa pahit maung usaha kalian, kalian hukum kata kalian lagi tinggi usahanya. CUBA.Cuba buka pintu hati, lapang jiwa dan terima. Usaha aku mungkin tak setinggi usahanya, dan aku perlu lebih berusaha, moga suatu hari aku gapai apa yang di cita.



Bukan niat nak menidakkan tuah , tapi tolong hargai USAHA. Kalian nampak mereka sentiasa mewah.Kalian kata TUAH.Kalian tahu hidupnya seolah tersusun indah.Kalian bicara hal TUAH. Tolong sesekali sesekala kalian hulur kredit pada USAHA.Sang Usaha akan rasa bermakna, Si pemerhati bakal terinspirasi.



Tuah tak akan kemana kalau usaha tak hadir menjemput.


Berdoa pun satu USAHA.
Berjalan pun USAHA
Ambil bahagian jua USAHA.


Ambil contoh, kalian pernah tak ke mana-mana karnival dan ada yang menganjurkan kuiz, kuiznya mudah, senang.Hadiah?100 percent kalian dapat. tak besar.kecil.Masalahnya.Kalian segan. Malu lah nak naik atas pentas pergi join kuiz tu.Takutlah kalau jawab salah.Takut kena gelaklah.Tapi tanpa kalian sedar, kalian terus duduk di bawah dan turut serta menjawab soalan.Kalian kata, alaa kacang je soalan. "ish mana adil dia tak dapat jawab pon dapat hadiah". Dan yang paling best, bila ada yang juara, kalian bicara, "Hek Eleh, soalan senang, boleh lah." atau kalau kalian berjiwa tenang sedikit kalian cakap. "Memang dah rezeki dia.tuah dia hari ni". Apa pun kalian kesimpulannya di bawah memerhati.



Siapa pernah detik hatinya."Kerana Usaha dia ,menyingkir perasaan gundah hati, dia layak dapat apa yg dihajati ".


Dan kalian paling bahagia di hati, kalau kalian dapat rasai kegembiraan yang mereka ingin kongsi.


Ok. Itu saja buat masa ini.Entry ini khas untuk mereka yang sudi beri diri sendiri inspirasi.



Sebahagian dari koleksi "usaha yang menjemput tuah"


Mana Tahu satu hari nanti boleh jadi top macam mak cik ni..hehe :p


Gambar Inspirasi untuk kalian :)


p/s: Mungkin nanti aku akan kongsi lagi.:-)
Selamat Bergembira di hari cuti. Semoga jiwa sentiasa terinspirasi.







Saturday, October 19, 2013

The Notebook

Alhamdulillah.10:50 PM sudah. Sabtu, cuti yang betul-betul cuti. Cuti tanpa aktiviti luar. Cuti tanpa kerja dan panggilan dari tempat kerja. Cuma ada aku, cuti dan rumah NO 11.Itu sahaja.Ops, ada unifi juga :-)

Petang tadi , secara kebetulannya berkesempatanlah aku ini menonton "The Notebook" di TV2. Adaptasi dari Novel,novelist Nicholas Sparks's. Jujurnya buku tu memang aku ni tak pernah baca pun tapi lepas tengok cerita ni, mungkin one day kalau jumpa buku dia,aku teringin nak baca.

"The Notebook" dari perspective Khadijah Albasri. Kasih sayang tanpa batasan.
Cinta Sejati idaman setiap isteri. Kasih suci seorang suami.Cinta MURNI.Dugaan dan pengorbanan infiniti.

Siapa tak mahu ada orang jaga sampai hujung usia.
Siapa berduka kalau setiap ketika kau punya dia yang bawa tawa.
Yang pasti siapa pun bahagia kalau kau ada seseorang yang boleh bantu,sokong dan disusah tanpa kau rasa payah.

YA, DISUSAH TANPA RASA PAYAH. Sebab kita secara biasanya tak sudi menyusahkan orang. Sebab kita secara amnya, tak ingin menjadi beban kepada sesiapa. Dan kita secara keseluruhannya, hanya mahu kebaikan kita yang terserlah. Dan akhirnya kau buat keputusan untuk tanggung semua masalah,sebab kau rasa payah. TAPI,kalau kau punya dia yang boleh kau minta tolong tanpa hati kau kata payah, semua perkara kau boleh kata sudah. Sekurang-kurangnya kau tak sendirian mengadap masalah.

Apapun, setiap masa dan ketika, Ujian Cinta dari Allah tak pernah tiada. Berseorangankah kita, bersendirian sentiasa kah kita, ujiannya tetap ada.Kerana Ujian datang kerana Cinta Ilahi, jadi hadapilah dengan Kasih Sayang insani.





p/s: Sehingga 'Dia' aku temui. Allahumma Yassir Wala Tu'assir.(^_^)~

Tuesday, August 7, 2012

Kakak Dari Jauh (^_^)



"There’s always gonna be another mountain I’malways gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose" <-----;ringtone tepon saya)

Telefon!telefon Berbunyi!...hikhik..
.
My Luvly New Wed Cousin Telefon..!
Panggilan dari Kunak ni..
Thank you very much sebab bagi full support.
Terharu sangat bila kakak dari jauh ini telefon untuk bagi kata-kata dorongan bila dapat tahu saya dah sambung belajar balik even secara PJJ.
"Hang kena tabah tau. Hang kena habiskan study hang"..Puan Farihana Binti Abd Razak ni pesan dengan dengan hati bunga-bunga, feel dia tu memang sampai, itu pasal aku sgt terharu.
Sentiasa Doakan kakak ku yang satu ini sentiasa diberkati Allah dan Happy sentiasa di samping suami terchenta. Moga cepat-cepat jadi ibu ya...hikhikhik.
Teringat zaman kecik kecik tanam kertas yang ada tulis cita-cita kat sungai bersama kakak ini.Dah layak bergelar Peguam pun beliau sekarang.Proud of her a lots. Received her lawyer licence and Kawen masa umur 24 tahun!!!
 (x birthday lagi yer kira 24 lagilah yer cik kak :-))


pic kutip dalam fb ye dear..hihi:-) :-Congrate for officially peguam Mahkamah Alor Star


pic kutip dalam fb ye dear..hihi:-) :-Congrate dah jadi wife kpd En.Anuar (^____^)


p/s: Cpt doa adik ni pulak next ikut jejak langkah....hihihi..(^_~)