Thursday, July 19, 2012

NaiLoFar..


Salamua'laik...
Apa khabar pejuang-pejuang di Jalan Allah hari ni?
Semoga setiap gerak geri dititipkan kerana Ilahi.
Hari ini kita akan berbicara perihal Neelofa NaiLofar.
Atas perkongsian rakan-rakan dan informasi di medan maya ni akhirnya bolehlah serba sedikit berkongsi mengenai perkara yang secara peribadinya bagi aku sangat menarik.
Perkataan "Nailofar" ni sendiri pun baru sahaja aku temui, (nampak sangat kan kekurangan iLmu@kurang membacanya di situ..kalau Neelofa taulah.hikhikhik). So, bila benda yang baru tau ni, memang excited lah nak share ;-)

Setelah meminta bantuan dari Pak Cik 'Google', Nailofar berasal daripada bahasa Andalus, tetapi telah diarabkan.Ia nama kepada spesies bunga yang habitatnya di dalam air.Spesies yang hampir sama dengan lili dan teratai.(copy terus..haha)
Lagi satu , ada novel yang ditulis oleh Zaid Akhtar  berjudul 'SESEGAR NAILOFAR', aku rasa mungkin novel ni kot pencetus penggunaan legasi 'Nailofar'. Bagi aku, yang menyebabkan aku tercari-cari maksud Nailofar ni adalah setelah bertukar-tukar nama blog dengan teman satu batch masa sekolah menengah dulu.
Nama blog teman aku yang solehah ni "Sesegar Nailofar". Disebabkan dia ni seorang yang MELANCHOLY, jadi tertanya2 jugaklah, kenapa dia guna nama nailofar ni? Tak kan peminat Neelofa kot..hikhik..memang taklah..ahaks. Dari situ bermulalah perjalanan mencari..apa itu NAILOFAR.

Okay sambung kita sambung semula...
Bunga spesies ini diceritakan tidaklah seharum, tetapi kerana hidupnya hanya di dalam air menjadikannya sentiasa segar dan lambat layu. Mungkin disebabkan kesegaran ramai yang menyenangi bunga ini.Jujur nya aku sendiri pon masih belum pernah nmpak,jumpa apatah lagi pegang bunga ni. Di Malaysia ada ke?
Setelah bersengkang mata membaca ukiran minda ikhwan and akhawat ..ada yang menjadikan NAILOFAR sbg kiasan untuk Srikandi Solehah Dalam Perjuangan Melawan Hawa Nafsu Dunia, bagaimana sekuntum bunga yang tidak perlukan bau untuk menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mendapatkan perhatian. Cukup sekadar kesegarannya yang memberi semangat dan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang melihat.

Kesimpulan, mungkin ada yang setuju dan tidak. Tapi bagi aku, resmiya harus dicontohi, tidak perlu menonjol diri untuk menarik perhatian ajnabi.
Cukup teruskan perjuangan di jalan Ilahi pasti anda akan dihargai.
Bukan penghargaan dari Manusia yang kita cari, cukup penghargaan dari Ilahi, pastinya hakiki.

Sekian.

Alfatihah buat As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini yang telah meninggal dunia pada 1 Julai 2009. Semoga semangat perjuangan kerana Allah ini dapat kita contohi bersama."Nailofar" nya beliau kerana dalam apa jua keadaan pon masih segar perjuangan nya kepada Ilahi walau dikecam, dikeji, keimanan asas pegangan  sebagaimana air asas kehidupan bunga indah ini. Perjuangan yang tidak pernah layu sehingga akhir hayatnya. Mampukah kita sehebatnya?


Novel Sesegar Nailofar



p/s : Kena cari and baca ni. Dah lama tinggal dunia novel...huhuhu..

1 comment: