Sunday, August 12, 2012

Tips :Perkara yang Perlu Ambil Tahu Kalau Nak Ambil Parcel di MasKargo


Assalamualaikum

Apa khabar iMAn anda hari ni? Semoga 23 Ramadhan 1433 membawa seribu keberkatan buat semua.
Hari ni aku nak cerita mengenai pengalaman pertama mengambil parcel dari MASKARGO. Pesanan dari Adik Tercenta di Bumi Irbid.

Proses Pertama : Dari Irbid.

Yang ni tak dapat cerita panjang, kena mintak si adik yang jelaskan. Cuma diberitahu tempoh penghantaran ke Malaysia mengambil masa seminggu (Pos Biasa).
Parcel dihantar menggunakan khidmat amax company .Dihantar ke Malaysia menggunakan MASKARGO.

Dipendekkan cerita, cukup je seminggu (ni kiraan adik saya) CUSTOMER SERVICE  dari MASKARGO telefon, minta ambil barang di MASKARGO berdekatan LCCT.
Pesan cuma bawa:

1)Nombor siri parcel (diberi semasa dlm perbualan. Sila catit sendiri ye)
2)Kad pengenalan
3)Lesen memandu
4)Passport (jika ada)

Itu sahaja. Jangan lupa untuk mencatit nombor telefon customer service itu. Banyak gunanya nanti. Nombor Opis lah yer, bukan personal ok. Mengikut fahaman saya yang kali pertama ni, kira-kira nanti terus ke MASKARGO, tunjuk kad-kad identiti yg diminta untuk bawak sekali, then dah boleh ambil parcel.
Simple. Suci Murni je anggapannya. Tapi sebenarnya TIDAK ye..TIDAK.!Ada banyak prosedur yang perlu dilalui bagi memastikan keselamatan negara terjamin (chewah).Prosedur ni saya kongsi berdasarkan pengalaman saya yang kena patah balik 2-3 kali sebab tak lepas sekatan polis sebelum masuk maskargo tu yer. Apa-apa penambahan boleh dikongsikan bersama.

Langkah Pertama:

Sila pandu kenderaan anda menuju ke PEJABAT PAS KESELAMATAN HARIAN FC2,Bangunan ni berdekatan dengan Pusrawi.(dekat dekat area nak ke LCCT jugaklah).
Pejabat Pas keselamatan ni terletak di tingkat 2. Apabila anda sudah sampai, sila check jika bill AirWay anda telah difaxkan ke pejabat tersebut. Jika belum,
Sila telefon nombor Customer service yang telah menelefon anda sebelum ini.Dah dpt maklumkan berikut.

  1. Minta beliau faxkan Bill AirWay ke pejabat keselamatan itu.
  2. Maklumkan anda telah berada di pejabat tersebut.
  3. Maklumkan berapa org yang mahu masuk ke MASKARGO. (Aku masuk dengan kawan aku, jadi kena maklumkan pada dia, sebab nanti dia akan tambah nama pada surat PAS KESELAMATAN. Kalau tak maklumkan, dia akan bagi satu sahaja,jadi yang lain tidak dibenarkan masuk.

Gambar 1:  PEJABAT PAS KESELAMATAN HARIAN FC2

Langkah KEDUA:


Setelah menerima fax Bill AirWAY(Pegawai yang bertugas akan panggil nama anda sekiranya mereka telah menerima fax).
Anda akan diberikan PAS KESELAMATAN . Kad Pengenalan hendaklah diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Kalau nak masuk berdua, dua-dua IC lah kena tinggal, yg ada cuma PAS KESELAMATAN Sahaja.Oppss..lagi satu, anda akan diberikan kertas macam gelang yang dililit di pergelangan tangan.Ala-ala nak masuk taman tema tu. :-)


Gambar 2 :  GELANG KEBENARAN MASUK

Gambar 3 : PAS KESELAMATAN HARIAN


Langkah KETIGA:

Berbekalkan PAS KESELAMATAN tersebut, paculah kenderaan anda menuju ke KLIA CARGO VILLAGE. Jangan lupa pakai PAs KESELAMATAN tersebut.
Masa di pintu Masuk, beberapa orang Abg-abg Polis akan periksa kereta, jadi,sila buka bonet dan turun dari kereta sementara pemeriksaan dilakukan yer.

GAMBAR 4: Entrace / Exit  KLIA CARGO VILLAGE.



Langkah KEEMPAT :

Gambar 5 : Entrance ke MASKARGO




Bila sudah melepasi pemeriksaan Masuk Ke KLIA CARGO VILLAGE, sila menuju ke MASKARGO.(Boleh refer sign board yg ada dlm village tu).

Sebelum Masuk ke MASKARGO, akan ada lagi satu Kaunter. yang ni dia berbentuk macam pondok kaca, Didepannya ada tulis MASKARGO Directory.
Sila Berhenti di sini, dan masuk kedalam Pondok tersebut untuk mendapatkan PERMISSIBLE TIME SLIP.SLIP ni kena letak kat dalam kereta, letak dekat 
dashboard bagi nmpak ye. Di sini, anda dikehendaki menulis nama, no kenderaan, tujuan . Boleh juga bertanya, lokasi di mana untuk mengambil parcel.




Gambar 6: Permissible Time Slip dan Airway Bill.



Langkah KELIMA:

Setelah sesi soal jawab dengan pegawai yang bertugas di pondok MASKARGO tersebut, silalah ke Bangunan CORE 2 untuk mendapatkan dokumen berkaitan parcel.
Di sini, bayaran dikenakan mengikut berat parcel masing-masing. Yang aku punya bernilai RM20 untuk 45 kg.Sila berikan lesen memandu anda yer
sebagai pengenalan diri.Mereka akan fotostat dan pulangkan yang asal.

Yang bestnya di sini, pegawai yang bertugas akan memaklumkan kepada kita step by step macammana nak ambil barang, siap dibekalkan peta dalam kawasan lagi.
Ingat senang ke nak ambik barang dari MASKARGO ni.Penuh ciri-ciri keselamatan (cheewah, padahal hati nak mengamuk dah masa step ni).

Di sini juga, kita akan diberikan resit bayaran (yang RM20) tadi, dan dokumen-dokumen lain untuk reference jabatan lain.

Gambar 7 : Bangunan CORE 2


Langkah KEENAM:


Menuju ke kaunter barangan. Disini anda akan diberitahu nombor "kawasan"/"gudang" nombor berapa yg anda perlu pergi untuk mendapatkan barangan.
Tmpat dia dekat je, bersebelahan sahaja dengan "gudang-gudang" tersebut.Berdasarkan peta yang pegawai tadi beri, rupa-rupanya disinilah barang/parcel
tersebut boleh diambil. Dekat sini baru nmpak barang, yang step lain-lain ada dokumen-dokumen jer,huhuhu.
Di sini saya nasihatkan anda untuk check dulu barangan samaada dalam keadaan baik atau tidak. kalau tidak puas hati dengan barangan seperti barangan
tidak seberat yang dinyatakan dalam dokumeN atau lain-lain, boleh request untuk timbang semula, jangan tandatangan sebarang dokumen selagi tidak
berpuas hati. Di sebabkan kawasan ni kawasan loading barang, jadi sekiranya barangan anda berat, anda boleh bawa kereta untuk ke kawasan loading ini,
kalau x berat sgt tak payahlah. Setelah berpuas hati, sila tandatangan dokumen berkaitan dan menuju ke Pejabat MASKARGO LOGISTIK.
Jgn risau, lokasi pejabat-pejabat ini telah pon dibekalkan pada peta yang telah diberi oleh pegawai berkaitan di langkah KELIMA tadi.


Gambar 8: Gudang 28 tempat Parcel saya..(^_^)




Gambar 9 : Yeay !ni Parcel saya yang warna oren (^_____^)


Langkah Ke Tujuh:

Ambil barang, Isi dalam kereta dan pergilah ke pejabat MASKARGO LOGISTIK.Dalam banyak-banyak pejabat yang dah pergi, bagi aku, pegawai dekat sini lagi peramah lah.Jadi jangan risau, boleh tanya apa-apa yang tak faham pada pegawai yg bertugas di sini. Nak komplen pon boleh, tapi sekadar mendengar je lah.
Org kata sekadar luahan rasa hati sebab banyak sangat prosedurnya. Ok. Di jabatan Logistik ni, dia akan tanya barang ni untuk apa, apa kandungannya. Tak perlu buka bungkusan sebab kandungan parcel tersebut telah ditulis dalam dokumen yang diberikan di Langkah LIMA tadi, jadi sila serahkan semua dokumen yang telah diterima di langkah Lima kepada pegawai bertugas di pejabat MASKARGO LOGISTIK.
Di sini kita dikehendaki untuk membuat bayaran untuk pemeriksaan kastam. Jumlah bayaran sebenarnya sudah pon di beri di langkah KELIMA,tapi bayarannya di buat di sini. Untuk parcel aku, bayaran sebanyak RM82.50 dikenakan.
Jangan risau, bila dah sampai tahap atau langkah ini, anda boleh menarik nafas lega sebab, proses-proses berikutnya akan dibuat oleh pegawai yang bertugas
dijabatan ini. Proses berikutnya lebih kepada pemeriksaan KASTAM. Pegawai yang bertugas akan membawa anda(depend samaada kita follow kereta dia atau dia
tumpang sekali naik kereta kita), macam saya pegawai tu dia tumpang sekali naik kereta saya, jadi senang cuma ikut sahaja arahan pegawai bertugas untuk 
ke bahagian komplek KASTAM. Di sini, ada beberapa dokumen perlu diselesaikan.Semuanya dibuat oleh pegawai dari pejabat MASKARGO LOGISTIK.Kita tunggu dalam kereta jer yer.


Gambar 10 :  Pejabat Maskargo Logistik

Gambar 11: Dokumen-dokumen berkaitan


Langkah Ke KELAPAN:


Jom kita ke bahagian PEJABAT PEMERIKSAAN KASTAM IMPORT/ EKSPORT. Kat sini sedih sikitlah sebab  bungkusan akan dibuka oleh pegawai kastam yang bertugas.
Kandungan bungkusan akan diperiksa sekiranya perlu dikenakan bayaran duti atau tidak. Alhamdulillah parcel aku tak perlu dikenakan apa-apa bayaran tambahan.

                                                    Gambar 12 : Pejabat Pemeriksaan Kastam Import/Eksport
Gambar 13: Pemeriksaan oleh Pegawai Kastam

Gambar 14 : Habis sudah bungkusan dibuka  :-(


Langkah Ke KESEMBILAN:

Setelah selesai pemeriksaan secara fizikal itu tadi, kita dikehendaki pergi semula ke kompleks kastam untuk mendapatkan tandatangan K.U.
Sekali lagi proses ini pon dibuat atas bantuan pegawai dari pejabat MASKARGO LOGISTIK. Alhamdulillah, dalam kekalutan mengejar solat Jumaat, dapat jugalah pengesahan dari Pegawai KASTAM untuk keluarkan barang dari KLIA CARGO VILLAGE.


Gambar 15 : Usaha mendapatkan tandatangan oleh Pegawai Maskargo Logistik :-)


Langkah Ke KESEPULUH:


Marilah menuju ke pintu keluar KLIA CARGO VILLAGE. Disini pegawai dari pejabat MASKARGO LOGISTIK akan tunjukkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada pihak polis yang bertugas di pintu keluar. Setelah selesai semua habislah proses di KLIA CARGO VILLAGE ini, malangnya kami tak dapat nak hantar semula pegawai MASKARGO LOGISTIK tersebut balik ke pejabatnya semula kerana menurutnya setiap kenderaan yang sudah keluar dengan bungkusan/parcel tidak dibenarkan masuk semula. Dengan berbesar hati hanya ribuan terima kasih sahajalah dapat kami berikan pegawai tersebut,
katanya"nnti saya pandai-pandailah" balik sendiri. Semoga Allah permudahkan urusannya nanti.

OK, dah HABIS? Ishh...BELUM LAGI...kad pengenalan awak dengan kawan-kawan tadi jangan lupa, kan tak ambil lagi..heheh..(^_^)
jadi...


Langkah Ke KESEBELAS:


Keluar dari KLIA CARGO VILLAGE, silalah menuju semula ke PEJABAT PAS KESELAMATAN HARIAN FC2 untuk memulangkan PAS Keselamatan dan mengambil semula
kad pengenalan masing-masing yer.Kemudian Alhamdulillah barulah selesai semuanya. Hari yang sungguh mencabar kesabaran sebenarnya.


Gambar 16 : Yeay Alhamdulillah, akhirnya selesai semua. Dah dpt IC kami semula .Wif Cik Fidzo syg..(^____^)


Sekian saja untuk panduan semmua, sebarang kekurangan mohon diampunkan ye. Salam 23 Ramadhan 1433. (^_______________^)


Apa pula pengalaman anda?


p/s: Kalau pergi sendiri baru tau the full story macammana. Yang dah ditapis-tapis jer boleh wrote kat sini.;-)





10 comments:

ammar0466 said...

thanks info hari nak gi gak

ammar0466 said...

thanks info hari nak gi gak

Unknown said...

No problem :)semoga bermanfaat :)

Unknown said...

Good info ;)

Unknown said...

tq :-)

Unknown said...

Tq....saya nk prgi ambik motor...review experience blogger dlu kat sini...rse nye proses hmpir sama je kot...anyway this is very helpfull.. 5 star for your sharing effort :)

Unknown said...

thank you :-)

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian sangat berguna. Cuma saya nak tahu untuk cik tahu tak kalau kiriman kita dicukai mengikut cara yg macamana eh.

Unknown said...

Hai... Sy nk tnye, mcm mane nk pakai servis mas kargo ni? Kne pg kat mane?

Anonymous said...

Ni beberapa tahun lepas...tahun 2022 ada lg perubahan telah dia buat dari pihak kastam , Mahb serta maskargo..sila call 03 87771888 utk penghantaran 03 87771715 utk penerimaan..utk dptkan maklumat terkini..semoga bermanafaat