Sunday, February 22, 2009

INSURAN....

Nak buat apa beli insuran?… membazir je…
Dafi adalah seorang pemuda yang kacak & bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu.
Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”
Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!
Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..
“Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat
“Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..
Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..
“Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..
“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..
“Abang dafi eksiden semalam..” jawap adik manis (adik perempuan dafi) itu lagi..

CERITA DICEDOK DARI WEBSITE LAIN..APA YANG AKU NAK CAKAP KAT SINI IALAH..APA PENDAPAT ALL OF YOU TENTANG INSURAN??

No comments: