Monday, October 28, 2013

Kelas Bahasa Korea (Hanguel) Part 1


안녕하세요
안녕하셨습니까?

Seperti yang dijanjikan, setelah sekian lama memendam ciretera hangul kelas ini, tibalah masanya untuk sesi perkongsian bersama.

Kelas Bahasa Korea (Hangul) ini dianjurkan oleh Korea Tourism Organization. Paling best kelas ni FREE.
Percuma. Percuma tak bermakna kalian tak perlu bersungguh-sungguh untuk belajar ye.Sepatutnya ,Percuma, menjadikan kalian lebih bersemangat untuk belajar kerana mungkin itu cara mereka menghargai mereka yang benar benar ingin mendalami bahasa Korea.(Ini pada pendapat patik).

Baiklah untuk lebih lanjut berkaitan kelas ini bolehlah klik DI SINI .Untuk yang wajib kena cari info kat Facebook,jangan risau, link FB dia boleh klik KOREA PLAZA KL.

Macammana nak pergi Korea Plaza?

Baiklah, yang ini khas untuk pengguna LRT Kelana Jaya Line ya.
Patik ambik LRT dari Kelana Jaya dan turun di KLCC. Tambang dalam RM2.60 atau RM2.40 sen macam tu (tak ingat sangat). Dari KLCC cari jalan keluar ke Jalan P.RAMLEE..(rajin-rajin cari sign board dalam KLCC atau lagi gentle tanyalah insan2 yang ada di sekeliling). Korea Plaza ni ada dalam Menara HAP Seng (Groud Floor) , so kenalah cari Menara Hap Seng. Kalau jalan kaki dari KLCC ni, pandang-pandang atas sikit ada nampak Bangunan UBN. Menara Hap seng ni berdepan dengan Bangunan UBN.(hati-hati lintas jalan ).

Cara lain boleh turun di LRT Dang wangi jugak, tapi last time patik turun Dang wangi patik terus amik teksi je, RM5.70 sen cas.(bergantung pada meter@kesesakan jalan raya lah), patik tak tau macammana nak jalan kaki dari stesen Dang Wangi ke Menara Hap Seng.

Macammana cara pembelajaran dan pengajaran?

Patik tak tahu macammana untuk kelas-kelas lain. Untuk kelas Patik, kami dibekalkan 2 jenis buku, satu workbook, satu lagi text book. Bayaran semuanya RM30 untuk kedua-dua buku.Masa dalam kelas memang guna buku tu, listening,writing.Kira macam modul lah. Buku diambil dari Language Education Institute Seoul National University. 

Untuk Kelas pertama minggu lepas (21/10/2013) kami diajar mengenai huruf konsonan dan vowel hangeul. Sebelum tu, Cikgu ada terangkan mengenai salasilah atau sejarah penciptaan huruf Hangeul ni. Kalau nak tahu semua bentuk huruf dia membawa maksud atau tujuan. Jadi bila semua konsonan dan vowel dah ingat, bunyi atau pronunciation dah ok, dia akan go further,macammana cara nak tulis.

Hari ni dah go further sampai conversation.Bukan setakat conversation tau, kena tulis dan baca text dalan hanguel juga. Tapi jangan risau kalau dah kenal consonan dan vowel dan cara sebutan dia memang tak de masalah. So far, patik dah bileh baca merangkak-rangkak lah..maksudnya tak tau. Contoh dia bagi perkataan , mostly student boleh baca, tapi maksud tak tahu. Untuk maksud tu, dah jadi tanggungjawab sendirilah nak studi dan tambah vocabulary bahasa korea ni.InsyaAllah..doakan kami semua berjaya mendalami ilmu hanguel ni ya (^_^)~

Workbook dan Text Book

Cikgu patik memang awesome. Fun dan cantik jangan cakaplah..memang native Korean.Beautiful :-)


Siapa nama Cikgu Patik yang cantik tu?

Nama Cikgu patik Ha Eun Moon,nama Malaysianya LAILA. Exchange student dari UPSI. Dia memang studi Bahasa Melayu dan Ekonomi di UPSI.Dalam setahun duk Malaysia. So, tahulah cakap melayu. But since kelas patik ramai jugak Chinese, Cikgu Laila banyak gunakan Bahasa Inggeris. Tapi sedihnya, Cikgu Laila dah tak mengajar dah untuk kelas- kelas akan datang. Dia Cikgu ganti untuk Cikgu sebenar kelas kami tu.Mrs Tiara namanya. So coming soon, InsyaAllah patik story lainlah pasal Cikgu Tiara, sebab tak pernah masuk kelas dia lagi.

Cara pengajaran memang seronok.Dan paling best dia tak kisah kalau kita nak bertanya apa-apa kat fb ke, kakao talk ke kat mana jelah.

Dan Today, lepas balik dari kelas tadi, guess what? Cikgu Laila belanja minum kat STARBUCK! Great memory. Spent some time together, yelah kan lepas ni tak tau bila boleh jumpa lagi.



Baiklah. Lastly, Di sini patik share kan lah gambar-gambar bersama rakan-rakan dan cikgu patik.

Dari kiri : Stella ,Khadijah,Sam Moon Ha Eun and Tia.


Me and Sam..(^_^)

Sam dan Christine









Ini patik punya Kad Ahli Saranghaeyo Korea Club (SKC).

Bila masuk kelas ni wajib register. Masa patik register ni Free sebab sekali dengan promosi kelas hanguel. Kalau walk in RM20.Kad ini khas untu Malaysia Only. Keistimewaan ahli, boleh refer website http://www.visitkorea.com.my.


















Baiklah sekadar di sini dahulu.

Terima Kasih kerana meluangkan masa meninjau entri ini :-)

사랑해 !


Baju yang patik pakai tu HANBOK nama dia.

Persalinan tradisional Korean.
Oh ya, kalau di Korea Plaza, boleh cuba baju ni for FREE ya. Siap dia tolong pakaikan lagi :-)

20 comments:

mira said...

salam ^^
seriously menarik... ni mesti dh laju je ckp korea.. mcm mna nk join.. tgk web dia ada intake2 nya.. mmg free je ke, byr utk buku aje ke? class dia mcm mna, semingu sekali ke, then kalau kita tak bolh attend 1 class mcm mna, kira miss then bleh terus continue aje ke..

eh, byk pulak soalannya.. hehe
have a nice day =D

Unknown said...

wslam..memang free..tapi good new is sekarang king sejong institute dah ambil alih so semua bahan bacaan pun free,just cuma jaga kedatangan.kedatangan tu penting.dan lagi satu yang menarik bawah king sejong institute ni,at the end of the class ada exam and kalau pass flying colors boleh dapat sijil..trylah..

have a nice day too :-)

Sweetface.rose said...

Still ada lagi ke class tu

Unknown said...

ada lagi yunk..boleh tengok iklan pengambilan di https://www.facebook.com/KoreaPlazaKL atau di website korea plaza :)

Shafiq Zikzin said...

대박!

대단히 감사합니다~

Thanks a bunch for the Korean class info. Baru tahu ada kelas percuma. InsyaAllah akan jengah Korea Plaza dalam masa terdekat.

*Baru sahaja daftar jadi Kaki Korea di website KTO.

Unknown said...

Klau x pndai bca hangul tu bleh dftar klas ni x??

Unknown said...

Ntok kelas ni masih ad lgi ke..nak join belajar bahase korea+tulis

Unknown said...

Ntok kelas ni masih ad lgi ke..nak join belajar bahase korea+tulis

Unknown said...

masih ada..tetapi prosesnya mungkin sudah berbeza.boleh refer fb https://www.facebook.com/KoreaPlazaKL

Unknown said...

tak pandai baca hangul pon boleh..sebab kelas ni memang basic..macam kite belajar ABC..

Unknown said...

Berapa lama belajar bahasa korea tu?

Unknown said...

Berapa lama belajar bahasa korea tu?

Cik Nie said...

salam.. anyeong.. sis.. saya duduk area jaoh.. so, kalau ada jual buku kamus bahasa korea saya nak beli.. ^_^

Unknown said...

Vedelyne Janta : Masa saya ambil kelas ni,tempoh masa dalam 3 bulan untuk satu-satu level.Setiap hari ISnin sahaja.

Cik Nie :Saya tak jual kamus korea..huhuhu..

Korea Events in Malaysia said...

World Class Korean Folk Ballet: From Breathtaking to Heartwarming
Istana Budaya in Kuala Lumpur from January 14 to January 17, 2017
Please check our link.
Sharing is caring.
Net proceeds will go towards charity.
Hurry. Group Discount Available - Call/Sms - Alexander HP: 0162779698

Korean Events in Malaysia said...

WORLD CLASS Korean Folk Ballet (Dance and Singing) @Istana Budaya
Kuala Lumpur from January 14 to January 17, 2017
GIVE Your Loved Ones, Families, Friends, Colleagues,
UNFORGETTABLE EXPERIENCE From Breathtaking to Heartwarming

Please check our link http://koreaevents.blogspot.my
Sharing is caring.
Net proceeds will go towards charity.
Hurry. Group Discount Available - Call/Sms - Alexander HP: 0162779698

Unknown said...

Assalamualaikum, nak tanya still ade lagi tak class ni ??

danial alyamani said...

Hai...nk join boleh...kelas bila berjalan lagi

danial alyamani said...

Pm saya kat fb saya kat danial.alyamani@gmail.com

Unknown said...

salam...kelas nie ada lagi ke